Tuesday, April 8, 2014

Weekend Wedding - Part 1

Kau nampak tak betapa gigihnya aku nak update siap ada part . ni baru part 1 . kau rasa ada berapa part ? 

alaaa tak banyak , sampai part 4 je , or maybe part 5 . hehe

yelaaa . Sabtu baru ni aku attend 4 wedding . semua kawan baik . semua sama tarikh . semua bersanding satu masa . pening aku , taktau nak pergi mana satu . tapi tetap tabah . pergi jugak , dan aku la ketua rombongan untuk geng aku . hikhik !

Okay malas nak cerita panjang . ni wedding Geng Kebab zaman sekolah agama . kami suka makan kebab . dulu , setiap 1 & 15hb setiap bulan , muka muka ni takde kat sekolah agama , sebab.....pergi pasar lambak semata mata nak beli kebab . haha !
Happy Wedding Fahani . cantik cantik cantik sangat ! semoga kekal hingga ke Jannah sayang !
Rumah pertama ni pukul 2 kitorang sampai . memang pengantin tengah bersanding , terus masuk , cakap nak bergambar dengan pengantin . sebab ade lagi 3 buah rumah . so aku limitkan satu rumah setengah jam je . sila makan kenyang kenyang kat rumah pertama ni . haha !

Tahniah Fahani & Zari . Semoga Kekal Hingga Jannah . Insyaallah . Aminnn !

No comments: