Tuesday, August 2, 2016

Majlis Hari Raya Company

Syawal ke-12 , Majlis Raya Company kat JB . pepegi dah gerak , sebab nak kena sampai JB sebelum pukul 9 .

Tengok list nama , aku AJK Makanan . yelaaa tau laa muka aku gemok , bagi aku bahagian makanan kan . suka la aku . memang 24 jam mengunyah je la .


Sebab bahagian makanan yang sekepala hanya aku sorang wanita , maka hiduplah kau dikelilingi lelaki giler camera ni , bosan bosan tunggu tetamu sampai , kita melayan laa bebudak nii , mengarok . seronok sangat . happy happy je .

Tengah bergalak , tetiba si Raja cakap dia nampak Ashraf Muslim . aku cakap tak caye , bila masa company jemput dia . beria si Raja ni ajak aku bergambar .. bila tengok betul betul . haah yelah si Sherap bini dua . hehe


Bila aku post gambar ni kat fesbuk , cousin cousin aku terkejut . Rupanya si sherap ni pernah keluarkan statement yang dia takkan bergambar berdua dengan bukan muhrim . Alahaiii .. masa kawan aku mintak nak bergambar , dia okay je . tapi tapi tapi , adik dia lagi hensem . tu.... yang duduk sebelah dia tu . tapi adik dia pemalu . bila orang pandang , dia toleh ke lain . alalala sweet sangat .


Rupanya Sherap ni orang orang MB . dia memang follow mana mana event yang MB pegi . So masa MB nak balik tu , sempat laa kitorang bergalak wefie , dan tetibe si sherap ni menyelit . haa tulaa menyelit lagi , kan dah dapat muka separuh . tahniah . 

Bila majlis dah nak sampai ke penghujung , tetamu pun dah tak ramai , tetiba Dato' datang kat kitorang , suruh nyanyi . dia kata bila lagi nak happy happy . ape lagiii , bebudak ni bahan aku laa . suruh aku menyanyi .  ehh jangan di suruh , memang laju laa aku naik pentas .


Kemain suka la budak budak ni , bos bos semua suka . kagum aku berani naik pentas katanya . dia taktau aku ni memang jenis pantang nampak mic , memang suka menyanyi . hehe .

Seronok , happy . si pemberi bunga ni paling kuat bahan aku . dia kata dia naik pentas nak bagi bunga pun menggigil , apetah lagi aku yang dok nyanyi atas pentas tu . haha . chill laaa , kata nak jadi retiss ,  dan selepas kejadian tu , selama seminggu cerita pasal aku nyanyi heboh diperkatakan . sekian .


No comments: