Tuesday, August 16, 2016

Dah bertunang dah dia !

Alhamdulillah , hujung Julai lepas , terikat lah sudah kawan baik aku ni . kawan dengan dia dari sekolah rendah lagi . terpisah sekejap dua tahun sebab dia sekolah jauh . sekarang masing masing dah duduk dengan mak ayah , rapat semula . Syukur .

Kawan baik aku ni susah nak suka dekat lelaki , tapi sangat ramai lelaki yang suka kat dia dalam diam . kesian tengok dia . dia tunang ni atas aturan mak ayah dia . anak yang solehah sangat , ikut je cakap mak ayah walaupun dalam hati sedih sangat . lepas dia tunang , ramai pulak lelaki menyatakan hasrat . aku yang geram tau !

takpe sue , semoga ini jodoh yang terbaik untuk kau . aku doakan kau bahagia hingga ke Syurga .


cantik sangat perempuan ni . muka tak pernah kena make up , sekali kena make up , kebabom sangat ! I love you girlfriends . kau yang takde pakwe , kau yang tunang dulu erk . kejam sangat potong kitorang .

tak sabar nak tunggu majlis tahun depan . semoga dipermudahkan segala urusan . Ameen .


No comments: