Friday, December 25, 2015

Tadom Hill Resort

Tadom ni tengah viral kat fb kan . Saje lah aku nak bagitau , Tadom ni belakang rumah makcik aku je . Bukit Tadom ni tempat mak aku main je dulu . kawasan orang asli . dulu pun mak aku sekolah kat Tadom , bukan lah mak aku orang asli . tapi kata mak , dulu keluarga susah , mampu sekolah kat sekolah orang asli je . sebab free kot . entah , dah lupa .

Sebab haritu ada hal  , kena balik kampung kejap . Maka Mujibur pun ajak pergi tengok Tadom . Dalam pada nak pergi tengok je , dia suruh standby bawak baju , towel semua eh . ok kita layann je . Sampai je situ , aku call sedara aku , dia kerja dalam tu . sebab tadom ni dia limit untuk 150 orang je . bila dah pack 150 orang , dia akan close , nasib lah yang datang jauh jauh tu . memang tak dapat masuk . so , yang jauh jauh tu better datang awal ehh , dia bukak pukul 10 pagi sampai 7 malam . tapi pukul 6.30 petang tu dia dah tak bagi mandi dah .


Bayaran masuk kalau hari biasa RM18 , hari tak biasa RM20 . hehe normal price , worth it la . Masuk je dalam tu , masa kitorang tengah cari port nak lepak , tetiba Mujibur kata dia ada nampak someone dia kenal . Okayy , geng CC dia . bebudak area rumah dia jugak . maka kita berhuhu je lah kat situ . diorang pun datang couple couple katanya . takpe  , kita layankan aje .


Air dia sangat dalam . tak nampak dasar . so semua kena pakai life jacket . Life guard pun ada , tapi tak sado eh . biasa biasa je mereka . dia yang akan pantau sepanjang kita dalam air tu . air dia sejuk weh , memang syok lah . berendam tak hingat . lenguh tangan acah acah renang . Mujibur seronok main yang terjun terjun tu . aku memang tak lah . gayat oiii .


 berangan nak naik rakit , tengok orang main macam senang je . bila turn kitorang main , rakit tu makin ke tepi , nasib baik lah ada geng abang abang sado tolong kitorang , haha memalukan !

Kitorang lepak situ sampai pukul 3.30 je . sebab ada hal kat rumah makcik & pakcik kan . tapi sempat jugak lah makan BBQ yang kengkawan Mujibur buat tu . terima kasih ye . sebelum balik tu , ajak Mujibur keliling Tadom , amek gambar apa yang patut . nak buat kertas kerja nanti senang . untuk BrotherSisterHood .





tengoklah muka bahagia perempuan ni , terima kasih Mujibur , happy kan kita . hehehe nanti bawak lah jalan selalu yeee .. sekian , terima kasih .

tanda puas hati . sama macam yang viral dalam fesbuk tu . so siapa yang nak rasa pengalaman mandi kat kawasan bekas lombong , meh la datang Tadom . tapi pada pendapat aku , tempat ni tak sesuai untuk family yang ada anak kecik . sebab , chalet dia tak banyak . pastu konsep chalet dia open . kira kau boleh tengok orang sebelah buat apa . kalau setakat nak lepak seharian boleh la , kalau tido tak payah laaa . hehe .



dan inilah kawan kawan Mujibur bersama awek awek mereka . Aku geng dengan yang sebelah aku tu je . serasi bersama sebab nama kami sama - Yana . alahaiii sweet sangat . nanti ada masa kita lepak lagi ehh  Dik Yana . tengok aku , pergi putih , balik hitam . rehda , pengalaman itu penting .

Balik kampung ni , memang nak bawak mak & adik adik tengok Tadom . tapi tengok je bukan mandi . sebab diorang tak pandai berenang , kang satu hal aku nak mengejar masing masing .

Jom Pegi Tadom !

1 comment:

linda der weise said...

baru tgk viral pasal tadom hill ni . mmg dlm list nk pergi tp bila baca view x sesuai utk knk2 . Pangkah terus la .