Thursday, December 24, 2015

Boat Noodles & Magnum Cafe

Orang lain dah lama makan , aku je baru nak merasa . yelah , Mersing ni bandar kecik je , mana ada benda benda ni semua . kalau ada pun , bukan brand yang sama lah .

Aku kalau datang KL , memang dah buat list siap siap . nak pegi mana  , nak makan apa . jadual kena pack . sebelum pegi KL tu dah roger kengkawan kat sana . ehh kau nak jumpa aku tak ? haa gituuu nak susun jadual kauu , dah macam retis dah . bukan apa , aku ni spesis ramai kawan . bersepah sana sini , kalau datang Kl tapi tak roger , memang ada yang kecik hati . itu normal pada aku .

Maka , bulan 10 haritu , lepas habis je majlis Mazdira kat Seremban , aku terus ke KL . jumpa buah hati . ehh tak lah , lepak kl dengan dayah . having bedtime story together . esoknya baru jumpa buah hati . dan request nak makan Boat Noodles . Ok dia layan . bukan selalu datang kan , jadi sila lah layan saya seperti puteri . terima kasih .


Masa ni pegi time weekend , hari Ahad . so manusia memang ramai lah kat Time Square tu . kena laa beratur , siap amek nombor hokeyy . bertabahlah . first time makan . not bad la . ada yang sedap , ada yang tak . Mujibur ? kena dengan tekak dia , dia ok je lahh . 

Lepas tu kitorang jalan jalan dating dating jap ... nak tengok wayang . sambil beratur nak beli tiket tu , Mujibur nak makan aiskrim pulak . alaa sweetnya dating makan aiskrim , gedik sangat . ape lagi , aku kan demand , jom lah kita cuba makan Magnum . seronok katanya orang tu buat depan kita . alaaa bukan buat aiskrim pun , deco je . aku pun bolehhh . 


ni haaa asikrim nya . sebab dia deco depan mata kita , maka harga pun jadi lah rm9 lebih . boleh laaa ... makan je kat situ , sebab kejap lagi wayang nak start dah . cerita apa , tak ingat . hehe


aku bukan penggemar manisan , jadi pada aku , ok ok je . makan tak habis jugak sebab manis . Mujibur lah tukang habiskan , tak baik membazir katanya .

Apa lagi tempat makan best kat KL erk ? boleh suggest tak ? kalau yang hipster lagi menarik . share please . hehe tenkiu in advanced !


No comments: