Thursday, November 7, 2013

Road To Gambang !

Cuti empat hari yang lalu : deepavali + ahad + isnin (ponteng) + Awal Muharram , kami bertujuh memulakan perjalanan ke Kuantan , Pahang . cutinya empat hari , perginya dua hari je . saje nak berjalan jalan kan . dah lama tak berjalan & holiday bersama .

Pagi Ahad , gerak dari umah memasing kol6.30 pagi , tapi ada dua makhluk yang harus tukar jantina , bersiap kalah perempuan . stress aku ! hasilnya masa memang dah berlari larian lah . plan lain , lain jadinya . sampai kat Gambang pukul 11 , orang dah ramai giler , beratur beli tiket je dah sejam setengah .
dah macam bangla campur nepal dah aku tengok korang neh . haha ! masing masing takut bini , pergi jalan tanpa pengetahuan bini bini . alasan : taknak bergaduh dan kusut keadaan . geli abes alasan korang an . Kesian kat Yan sebab beratur punya lama demi kitorang . Thanks a lot Yan !

Lepas dah dapat tiket , kitorang pun masuk dalam , salin baju dan terus terjun penuh perasaan . mandi bergalak . semua mainan kitorang main . lebam satu badan , terhentak sana , hentak sini . memang best ! tapi agak kecewa sebab takde gambar time mandi . lupa beli beg waterproof ! next time pegi nak snap banyak banyak , simpan buat kenangan !
hasilnya , gambar sesudah mandi je ada . kitorang keluar dari Gambang pukul 6 petang . membebel mak aku ! sehari suntuk kitorang berendam . haha sumpah seronok ! aku menjerit sekuat hati , melepaskan semua yang terbuku ! indah dunia ~!
ni bodyguard aku . lagi tiga mana hilang taktau .

 Dah puas kat Gambang , kami terus ke homestay , nasib baik dah call owner rumah awal awal , bagitau nak check in lewat sikit , so tunggu tuan rumah datang dalam pukul 7.30 . lambat kan tuan rumah ni , lempang baru tau .

masuk rumah , rehat rehat kejap , pastu siap siap nak pergi makan . yelaa dah puas berendam , gila kau tanak makan malam ? so kitorang decide makan kat Ana Ikan Bakar Petai . ramai orang suggest makan kat sini . ada cerita pasal kedai makan ni tau . nanti aku story .
 Menu makan biasa laaa , kalau dah makan seafood tu kan , cuma tambah satu menu , ikan bayan masak sambal petai . yang tu aku memang tak makan laa . bau pun aku dah berkerut dahi . hehe . tapi sedap laa makan kat sini . service jee buat aku 'hangin' sikit , hehe . nanti laaa aku cerita , sabar boleh ?

Lepas makan , kitorang terus balik homestay sebab masing masing dah penat , dan tidurrr ! esoknya aku bangun pepagi buatkan mereka sarapan . roti telur je , janji ada sarapan pagi kan . kesian 'anak anak' aku ni . hahaha lupa pulak , rombongan kali ni , dorang kata aku ni incas aka mak kepada anak anak . cam haremm !

check out pukul 12 tengahari , kitorang keluar pukul 12.30 , terus ke Teluk Chempedak , jumpa ex-housemate , fieza ! terima kasih laa sudi datang jumpa aku kat sini . rindu giler weiii . kengkawan aku yang lain masa ni dah berjalan ke mana mana tah , tapi aku seronok berborak . 
 semua gambar tak ade satu pun yang cukup tujuh orang . tension mak tau !
lepas lepak dan makan makan di TC , kami gerak ke pusat karaoke Sinaran . kat mersing takde tempat karaoke besar macam ni , so lepaskan gian kat sini la . amek dua jam . melalak sakan , pukul 6 petang keluar dan terus gerak balik .

perjalanan balik yang memenatkan dan menyeronokkan . masing masing tahan mata dari mengantuk . menggembirakan dan cuba buat lawak tanak bagi driver ngantok . Alhamdulillah selamat sampai di bumi Mersing pukul 9 lebih . terus lepak kedai feveret , makan makan dan balik rumah . berehat dengan tenang .

Special Thanks to Piji & Nasir yang plan dan drive pergi dan balik . Thanks to Yan yang beratur lama beli tiket masuk Gambang . Tengs to Zakwan & Jimy yang tak cukup kewangan tapi sudi jugak join . Thanks to Nadia yang pergi jugak , atleast aku ada laa kawan perempuan . Thanks semua . sayang korang !

Next Plan : Camping!!!! 

p/s : korang ada tempat best nak camping tak ? suggest kan lahhh . TQ ~!

No comments: