Saturday, November 9, 2013

Al-Kisah Hari Sabtu

Selamat Sabtu uolss . harini iolss kerja , sebenarnya malas . tapi bila fikir balik , daripada aku tidur manjang , baik aku pergi kerja , ada jugak yang aku boleh buat walaupun sebenarnya aku memang takde kerja kat office ni .

Pastu bukak tonton , tengok Majlis Pertunangan Fizo & Mawar . Alhamdulillah , dah selamat bertunang , esok nikah pulak . kena bangun pepagi nak tengok depa nikah . pastu officemate datang mintak tolong buatkan kerja dia sikit , dah siap tu godek godek hardisk , tengok gambar yang baru dapat dari kawan aku . masa outing haritu . so nak share laa dengan uolss .

Bulan lepas , ada tolong sorang kawan iolss ni , dia baru berjinak jinak nak jadi photog , so iolss dengan dua orang lagi kawan iols menawarkan diri untuk jadi talent dia . so seharian laa kami berposing sakan . nanti iolss update pasal photoshoot tu ye . ni nak update pasal aktiviti selepas photoshoot .
kalau dah bergambar macam ni . kat mana lagi kan . haruslah di majlis perkahwinan orang . haaa wedding junior zaman sekolah ni . muka kami serabai sikit sebab tak bawak bedak , lepas solat takde laa nak tepek bedak , terus je g majlis orang . lantakkkk laa janji hot . haha !
 pasangan pengantin sangat cantik dan sama padan , diorang ni g kursus kawen sama dengan aku aritu , tapi aku gak yang tak kawen kawen lagi . Tahniah ye junior .
 dari kiri : Syafiq , iols yang gemok & Sue . kami laa model yang acah acah malu nii...hehe
 Okay , masa ni nak balik dah . terima kasih laa keluarga pengantin sudi jemput kami yea .

Balik dari wedding , kami ke Pantai , jalan jalan cari pasal . borak punya borak , dapat naik kereta kuda free ! dah berzaman kereta kuda ni ada kat Mersing , baru ni dapat naik , tu pun sebab free , kalau bayar , iolss tak naik ! heee nampak tak kejam .
Terima Kasih Amir & Amar , bagi kitorang naik kereta kuda free . Terima Kasih Rainbow (kuda) bawak kitorang jalan jalan , siap kena kentut lagi . haha .

Minggu ni takde wedding , minggu depan pun macam takde . so duduk rumah je . Ohh esok mak ajak kemas rumah beramai ramai . bersiap sedia lah semua !

2 comments:

Busyra Takiyudin said...

wow. cntiknya. hiasan rose merah. (:

yanapopeye said...

rose merah tu menyerlah kan ?