Monday, October 14, 2013

Wedding Again & Again .

Semalam masih lagi tak sihat , tapi kuatkan kepala dan badan . sebab wedding kawan baik . kawan zaman sekolah rendah . mana boleh aku tidak menghadirkan diri kan . maka , pergilah aku bersama kesayangan aku .
masa tengah bersiap punyalah panas , siap berpeluh peluh , kesayangan ontheway je , terus hujan selebat lebat tidak . sabauuu je lahh .

 sampai je kat majlis tu , hujan memang tengah lebat , pakej dengan ribut , kami pun duduk je laa dalam kereta , tunggu hujan berhenti . 10 minit duduk dalam kereta , hujan dah renyai , so kami pun keluar ....

weeee best sangat jumpa kawan kawan , kawan sekolah rendah tuu ! giler kau tak suke ! dulu muka semua kanak kanak sangat , sekarang semua dah bapak bapak , mak mak orang sangat ! suka lah suka ! berborak panjang lah kami semua . bergelak ketawa ! seronok tak terkata !

dah puas berborak , terasa lama pulak kami kat majlis tu , bagi laa peluang pada orang lain pulak nak duduk . so jom kawan kawan , kita masuk bergambar ! 

masuk masuk rumah , sangat ramai orang kat dalam ! sebab hujan kann . photog pulak memang kawan aku , haa sedap laa membuli aku . aku nak senyum jee , ada suara sumbang berkata "jangan senyum lebar sangat" . cehhhh dengki laa tu nampak gigi taring aku ! 

gambar bawah ni dari tab farid , sorang je jejaka terselit tetiba .
weiiiii aku tengah betul tudung laaa ! tak ready lagiiii !
yang ni tatau nak pandang camera mana satu ! harap sangat gambar pada photog sangat cantik ! ape pun aku memang sentiasa cantik . lalalalalallalaal~~
selesai bergambar , make a wish sekejap . kita tulis , happy wedding sayangsss , love you ! 

kesayangan saya ni kidal . sekian , terima kasih . tengok laa mamat gula gula tu sebok menyelit !
ni gambar khas kami bersama pengantin . tahniah sayangsss i love you !
sebab hujan , lighting banyak sangat , tercacat sikit muka kami . miahaha !

ramai yang care , kat instag , wechat , fesbuk , marah aku keluar , sebab badan still tak sihat . terima kasih untuk semua . saya dah janji nak datang wedding ni , sebab dia kawan baik saya masa sekolah rendah . saya nak sangat datang hari bahagia dia , walaupun saya tak berapa kuat , saya tetap hadir demi kawan saya . 

Semoga Bahagia & Kekal Hingga Ke Jannah Buat Hazirah & Hairul .


2 comments:

Puan Ezy said...

dugaan btol ujn ms mjalis kawen.. huhu..
cantik pengantin.. =)

yana_popeye said...

betul sis , lebat pulak tu....tp Alhamdulillah , semuanya selesai