Friday, October 11, 2013

JDT Kena Ayam

Salam Jumaat . Hati gembira bila tengok kawan kawan gembira dan bahagia . indah hidup mereka kan ? tahniah laa buat kawan kawan yang sedang bahagia . semoga kekal hingga ke Jannah . Insyaallah , Amin .

minggu lepas pergi nonton bola . aku ni kalau tengok bola memang suka tengok kat kedai . boleh mengunyah , nak duduk depan skrin besar . pastu boleh bersorak dan melompat beramai ramai . aku memang suka tengok bola ! minat sungguh !

tapi pada perlawanan minggu lepas , dari pagi dapat berita kematian Adam , anak keeper JDT . so , aku dah rasa JDT kalah malam tu sebab Al-Hafiz tak main . keeper lain memang tak boleh blaaa punye laa . tapi tetap aku kuatkan semangat , nak jugak tengok game tu . Malam tu keluar awal , kol 8 dah keluar sebab memang nak duduk depan skrin . mood nak melawa datang , malas nak pakai jersey , so pakai baju biasa je . siap belit selendang . memang mood nak melawa sungguh la !
sampai je kat kedai , memang terus kejar duduk depan sekali . tak pandang kiri kanan dah . duduk je , terus nampak kedai sebelah punya customer , budak tu tengah tido laa . hilang focus aku . mana nak tengok bola (anak panah merah) , mana nak tengok muka dia tengah tido (dalam bulatan hijau) . tapi , terpaksa ku layan kan jua . nasib baik tak lama , dalam 20 minit game , family budak tu dah gerak balik .

malam tu memang JDT kena ayam lah kan , 6-1 . aku terdiam , terus hilang selera makan . keeper dia memang menyedihkan laa . apa apa pun tetap happy , satu kedai tu semua aku kenal . memang bergelak sakan , bersorak dan menyanyi laa kami .

yang paling seronok , bila Kelantan gol je . kami jerit :
"mat yo tak salah , mat yo tak salah"
hahahaha ape pun memang the best !
ootd malam tu . dah siap baru perasan , apesal aku pakai warna kelantan malam ni ? adehhh !

apa apa pun , selamanya JDT tetap di hati . kalau tak mampu menangis ketika kalah , jangan bersorak ketika menang . sekian terima kasih . hidup mati JDT !
ni gambar masa tengok bola kat Dataran Tangkak . Medium Skrin . Layan Je !


 korang suka tengok bola kat mana ?

No comments: