Wednesday, March 23, 2016

BFF Quality Time

aku memang suka spent time dengan bff . aku rela korban badan penat , demi nak lepak dengan kengkawan . sebab....kengkawan la yang selalu ada time aku susah dan senang . ni kengkawan yang ni tauuu... ada lagi dua tiga orang takde dalam gambar . jangan kecik hati . sebab , korang tau sape korang kat hati aku kan . i love you bestfriend .


ni lepak sempena Syafiq dapat pindah . wahhh seronok eh dapat keluar dari Mersing nii . so sebagai menunaikan janji , Syafiq payung kitorang makan laa malam tu . terima kasih papa ! hahaha

Agenda utama lepak malam tu sebab nak tolong Syafiq setelkan hal berhenti keje dia . maklumlah , pekerja kesayangan , bos pun susah nak bagi lepas . macam macam kitorang plan malam tu demi nak selamatkan Syafiq .

Dalam pada sibuk plan nak selamatkan Syafiq , terkeluar pulak plan nak merayap . kitorang memang dah lama tak jalan sama sama . spent time sehari suntuk , so malam tu jugak plan , esoknya aku amek cuti .

Bergerak lah kami berlima ke JB pagi tu . Ainul tak dapat ikut sebab sakit perut + demam .



Movie , makan , shopping together . bestnya , dah lama tak spent time macam ni . next plan , maybe akan ke Kuantan . and maybe gigirl je lah . sebab nak buat bachelor part untuk Dayah . tunggu !!

sempat jugak lah Solat Maghrib kat Masjid baru ni . sebab lepas Maghrib , sebelum balik tu kitorang nak pergi makan kat kedai sahabat aku . best giler Masjid ni , kat area Dato Onn JB . dah la baru , cantik , besar pulak tu . sempatlah kitorang sesat dalam tu nak cari toilet . toilet pun cantik , rasa nak tido je dalam tu .

Dinner time kat kedai kawan aku . boleh tengok entry The Morso sebelum ni . kat entry tu aku dah cerita betapa best nye makanan kat kedai kawan aku tu . ahhhh ngences aku kalau teringat semua menu menu dia ! malam tu kitorang sampai mersing pukul 12 malam . dah laa siang tu dok layan cite Munafik . masing masing dilarang tidur , kena teman driver sebab driver kami penakut !

apa apa pun , 10 bintang untuk Filem Munafik , dan 100 bintang untuk ikatan persahabatan ini . yeahh !

No comments: