Wednesday, June 1, 2016

8 Jam Yang Bermakna

mood menulis dah sampai . baru baru ni kitorang geng wanita gedik ada buat satu trip . takdelah trip sangat , setengah jam je dari rumah kami . boleh tengok entry Kayuh Sampan ni . Sebab kawan kitorang antara orang penting kat resort ni , maka kitorang amek kesempatan ni untuk stay sini selama 8 jam . tak boleh tidur , sebab esoknya kerja . cuti kitorang tak sama , ada yang cuti Jumaat & Sabtu , ada yang cuti Sabtu Ahad . so hari Sabtu je lah masa yang ada kalau nak berkumpul bersama pun .


Sampai sampai je kat resort tu , terus tanya Karim , mana bilik kitorang . betapa bagusnya Si Karim ni , dia bagi kitorang bilik atas air woiii , memang idaman lah kan . terima kasih karim ! masuk je bilik terus makan , tengah jalan tadi sempat tapau makanan sebab masing masing tak makan lagi .

Lepas makan lepak lepak dulu tengok tv , tunggu redup sikit baru kita menyampan . dah dapat bilik atas air tu , wanita gedik ni semua tayang muka la , lepak balkoni ... usha mamat mamat sado tengah dayung sampan tengahari buta tu .


Lepas asar je , masing masing dah tak sabar nak mendayung...tengok cuaca panas lagi , call Karim suruh belikan minum petang . pesta makan lagi dalam bilik . makan seafood celup tepung . melantak tak ingat apa , malam nanti ready je lah hidung bermasalah .

Tengok cuaca dah redup sikit , masing masing bersiap nak keluar mendayung .. amek dua sampan . mana muat lima orang nak sumbat satu sampan . tenggelam nanti satu kerja pulak . haha , maka korang tengoklah bahagianya kitorang mendayung . kalau korang stay sini , mendayung free je tau ! kalau datang semata mata nak mendayung , sila bayar RM5 ye .




haaa bilik bilik belakang tu lah bilik kitorang . feel jeee . tenang sangat tengok air . kalau nak release tension , sila pegi sini ye kawan kawan . dia takde apa , cuma ada ketenangan . best !

Dah nak dekat Maghrib , masuk bilik ...wajib lah posing kat luar,.kalau tak , orang tak caye yang kita ada sewa bilik atas air ni . hahahah memang wanita gedik lah kita ni kan ! Abaikan muka budak tudung hijau tu , time ni muka dia tengah problem . menggelupas teruk , merah macam udang kena bakar . takut tengok !


tengok kaki aku , aku sebenarnye kurus . manusia bontot hitam je suka cakap aku gemok . benci !

Lepas maghrib , masing masing dah tak sabar nak terjun kolam pulak . yang kelakarnya , yang kena kerja esoknya pulak paling excited nak mandi kolam . yang tak keje esok , sebok bising tanya nak balik pukul berapa . haha ini kelakar ye . berendam siap bergadoh dengan mamat sado sampai aku terpaksa menjerit . mana taknye , dah elok elok kitorang mandi belah sini , dia mandi belah sana . ehhh tetiba boleh merayap makin rapat , makin rapat . marahlaaa mak jemah nii .

dah pukul9 , masa untuk pulang , sebab masing masing dah lapar , Alkarim pun bawak kitorang makan dulu sebelum balik , thankyou again Karim ! nanti kitorang datang lagi ehhhh ..

bilik ni cermin bapak besar , jadi tak elok kalau dibiarkan begitu sahaja , marilah kita menggedik . yeayy !



No comments: