Wednesday, June 29, 2016

Wedding Cousin Perempuan Pertama

Keluarga sebelah abah ramai . sebab adik beradik abah 10 orang , sepupu sepapat pun baru dua orang yang kawen . Alkisahnya ini adalah wedding cucu atok yang no 10 , tapi cucu perempuan pertama yang kawen , dia langkah bendul sepupu sepupu perempuan dia , termasuklah aku . nampak sangat kakak kakak tak laku kan . hehe . bila wedding cucu perempuan , haruslah meriah dan semua excited ! sebelum tu nak cakap , entry ni penuh dengan gambar ye .. kami ke Perak selama 5 hari termasuk 2 hari perjalanan pergi dan balik .

Kitorang bergerak ke Perak pada petang Khamis 26 Mei , lepas balik kerja , berlari aku bersiap , sebab nak berkumpul kat rumah atok . bas tunggu kat rumah atok , kitorang sewa bas kecik je , bas yang ada 25 seat .4 family yang pergi , tapi last minit ada yang cancel , so dalam bas tu ada 18 orang je . nenek ada seat khas kat belakang . Mak dengan Bibik la yang tengok nenek sepanjang perjalanan . Alhamdulillah nenek selesa , takde ngadu penat pun . 


Perjalanan dari Mersing ke Perak ni makan masa selama 10 jam . yelah , bawak Atok kan , mestilah banyak berhenti , kejap kejap nak ke toilet , campur sesat lagi , sesat sikit je masa dah masuk Perak tu .. tak jumpa cari simpang nak ke Sri Iskandar . masing masing dah penat kan . Janji semua selamat sampai . paling best dapat bawak nenek jalan jauh .  Alhamdulillah .

Jumaat 27 Mei , sampai la kitorang kat rumah pengantin , lepak dulu kat rumah pengantin , tunggu siang baru boleh Check-in Homestay . Rupanya makcik aku , si mak pengantin dah siap masak nasi lemak . memang terbaiklah , perut memang kebulur , lepas subuh atok dah suruh masing masing makan . sebenarnya Atok dah tak sabar nak rehat . tapi mane mau nya cucu cucu dia ni makan awal pagi , dekat pukul 8 baru masing masing sebok nak makan . dalam pukul 8.30 camtu slow2 gerak pegi homestay . satu homestay perempuan , satu homestay lelaki . senang asing sebab kaum lelaki ni selalu balik lewat malam kan . Atok duduk kat homestay perempuan , senang nak jaga .

Petang tu lepas Asar majlis nikah . tapi lepas Zohor kitorang dah datang , boleh tolong apa yang patut kan . tolong makan sekali . hehe . debaran kian terasa , sementara tunggu nak nikah , aku sempat buat aiskrim . memang dah janji dengan pengantin , nak buat aiskrim coki coki , bagi kat bebudak masa hari majlis . tak banyak pun buat , 100 batang je . tinggalkan sikit untuk pengantin & tuan rumah .


aku memang suka tengok orang nikah , tapi masa bersalam tu aku mesti lari dulu . tak boleh tengok drama air mata , kang dengan aku sekali terlibat . bahaya . hehe .




Alhamdulillah dengan sekali lafaz , mereka sah menjadi suami isteri . Pakcik aku yang nikahkan . sebak weh Pakcik aku lafazkan akad . aku dok bayang nak ke Abah nikahkan aku nanti . rasa macam tak kot .

lepas selesai semua , sesi bergambar lah . kepada Izhar , time ni laa nak tengok perangai sebenar masing masing . gila gila punya . Alhamdulillah , big family , happy family !


Family aku , hehe sian mak , kecik je terselit kat situ .



Adik beradik Abah , tak cukup ni , lagi tiga takde ..



Sebelum Maghrib masing masing dah gerak balik , malam tu nak datang semula . nak tolong siapkan goodies & buat photobotth . pengantin memang dah awal awal booking aku ngan adik untuk hias photobooth . nasib baik semuanya readymade , tinggal susun je !


tolong adik tulis nama pengantin kat chalkboard tu . tangan ape lah kau ni dik . buat ape semua jadi


taraaaa ... siap dah photobooth . simple je . guna balik pelamin masa bertunang haritu . jimat kan . buat apa nak membazir . guna je apa yang ada .

Sabtu , 28 Mei - tibalah hari majlis . tema keluarga kami , Pink Belacan . kebetulan Makcik aku ada bagi baju kaler tu , yess tak payah beli . pakai je baju tu . bukan orang nak tengok aku pun . sebab wedding ni pakai catering , kami duduk santai santai je . tolong sikit sikit jadi runner untuk goodies , meja pengantin dan sebagainya . yang lelaki duduk berkumpul kat tempat karoke . memang takde orang lain lah yang menyanyi . kami kami je .




Atok pun dah pandai selfie , kau rasa ?


Haaaa ni baru cukup adik beradik Abah . sorang je takde sebab dia tak datang , ade majlis jugak sebelah wife dia .




perempuan kan , memang selfie je lah kerjanya . tengah makan pun nak bergambar . tapi jenis aku , tak reti selfie sorang sorang . haha paling kurang mesti dua . tapi ! kalau tetiba aku post gambar selfie aku sorang , tu maknanya ianya terjadi dan tercantik tanpa sengaja . sebab kebanyakkannya tak menjadi !


Dah petang baru dapat selfie dengan pengantin , busy benor lah pengantin . sampai hilang dah tengkolok Izhar .


Ni pun pengantin jugak tau . Buat sekali majlis sambut menantu . so pengantin tak basi lagi tau . kitorang pun baru ni lah kenal sepupu baru kami ni , dah la nama sama . hehe :)


Dan semestinyalah aku , suka sangat karoke open ni . makin berani . tapi time ni pancit , perut penuh dengan makanan , tak boleh nak tarik tinggi lah oii . jahanam semua . hehe tapi kepuasan itu penting

Ahad , 29 Mei - Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki . time ni masing masing dah plan nak ke Pangkor petang tu . aku dah pernah pergi , so tak galak sangat . yang excitednya makcik aku ngan Abah . diorang tak pernah pergi . so layankan je . lepas bertandang kita balik salin baju pastu jenjalan Pangkor ehh .

Bertandangnya tak jauh , kampung sebelah je pun . dekat sangat . so semua kena pergi ya ... Ohh Atok tak ikut , tak sedap perut katanya .





Family besar kami , ni baru separuh , banyak yang takde ni . meriah kau !


Balik dari majlis bertandang , masing masing balik homestay , siap siap salin baju . ready nak ke Pangkor . sampai kat Lumut dah petang , jalan jem , cuti sekolah kan time tu . makcik dapt tiket pukul 5.30 petang . nak jugak pergi , feri last balik lumut pukul 8 malam . so gagah la masing masing nak berjalan .








7 keping je gambar kat Pangkor . memang berjalan tak pandang tepon pun . family time lagi best . melayan kerenah masing masing . happy sesekali berjalan macam ni .

Isnin , 30 Mei - Cuti sudah habis bro . kena balik Mersing . banyak lagi kerja dan tanggungjawab menanti . Alhamdulillah , kami happy dengan perjalanan kali ni . tunggu next trip pulak . katanya ke Terengganu , betul ke tak tu ? tunggu je lah .

Gambar kenangan kena ada , sebelum balik . Alhamdulillah selamat sampai Mersing jam 10 malam . 12 jam perjalanan . biasalah , banyak kali berhenti . yang penting kami happy dapat bawak nenek jalan jauh . Nenek pun takde mengadu penat , selesa agaknya . Syukur .

Terima kasih sudi membaca..ehh ade ke yang baca ?

mood tengah rajin ni . nak update next entry pulak . jumpa nanti !


No comments: