Tuesday, January 22, 2013

Minyak Pati Bahayakan Jantung

Aroma terapi mungkin membawa kebaikan dalam tempoh singkat , tetapi sebenarnya membahayakan kepada jantung jika ia diteruskan untuk tempoh yang panjang .
Kajian yang dijalankan terhadap 100 orang pekerja spa yang duduk di dalam bilik yang dilengkapi aroma terapi di Taiwan mendapati tahap tekanan darah dan kadar jantung peserta mereka meningkat secara mendadak dalam tempoh dua jam .
Penemuan tersebut menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan kepada minyak pati berbahaya kepada kesihatan terutamanya jantung .
Bagaimanapun , kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan keputusan tersebut .
Sumber : KOSMO!
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: