Tuesday, September 3, 2013

Makan Makan Untuk Orang Penting

Sabtu lepas , 31 ogos . mengadakan makan makan untuk manusia penting dalam hidup ini . 10 orang je . jika anda di jemput , maknanya anda adalah orang penting dalam hidup saya . tapi jika anda tak datang , anda bakal menjadi orang tak penting dalam hidup ini , terima kasih . setiap tahun , aku akan buat makan makan untuk kawan kawan . tapi tahun ni , macam yang semua tahu (tengok sini siapa tak tahu) , aku memang tak beria sangat , so aku buat majlis ni untuk yang terpenting je laa .. tahniah untuk mereka yang sepuluh orang tu !

plan aku , aku nak buat menu yang ringkas tapi sedap dan mengenyangkan . tapi mak sibuk sangat nak masak itu dan ini . so , bangun pepagi lepas menonton , mandi mandi , pergi kedai beli apa yang masih tak cukup , pastu mula masak apa yang patut . tetamu datang lepas asar .

Mak buat mee bandung , bihun singapore , lontong goreng , lengkong laici . aku buat murtabak cracker dengan air jee . haha . itu je yang aku reti . masak untuk tekak sendiri boleh laa , masak untuk tetamu , masih kurang keyakinan .
post gambar ni kat fb & instag , ramai mintak resepi . nampak sedap kan ? hakikatnya memang sedap lah pun ! aku yang buat ! tak nampak ke tangan gemok tu ? hehe
 menu untuk petang itu . alaa tak nampak kuah mee bandung . hehe . jemput 10 orang , tapi macam makan 30 orang . alahai emak aku . emak ouh emak .
 nah close up sikit . siapa lapar , maaf kalau terliur . menu simple sahaja . murtabak cracker tu harus letak depan sekali . nyumm nyumm !

Waktunya sudah tiba , tetamu pertama pun sampai . punya lah seronok aku melayan tetamu , sampai lupa nak snap gambar . nampak tak betapa focusnya aku . jam 6 petang dapat panggilan , ayah kepada sahabat tercinta telah kembali ke rahmatullah . so , mood aku berubah serta merta . maaf kawan kawan . macam mana pun , terpaksa tunggu semua datang , baru aku boleh pergi melawat . lepas maghrib jugak laa baru aku pergi melawat jenazah . kebuminya esok pagi .

Sebab gambar masa hari kejadian takde , so aku tepek sini je laa gambar 10 orang penting itu .
 Aienon , orang pertama datang (belakang rumah je pun) , makan 3 pinggan tanpa jemu . sedap sangat katanya , aku pun tak rasa sebab memang tak minat mee bandung . tak dapat pun tak meroyan . kahkahkah !
tetamu kedua yang membawa tiga orang jejaka , yang hampir hampir tak sampai rumah aku sebab nyaris nak excident . Alhamdulillah mereka selamat sampai . tiga orang jejaka yang tak boleh di bawa ke majlis . habis satu rumah aku digeledahnya !
 kemudian , datang laa si baby bersama kawannya kucang . baby je yang penting k , kucang takde dalam list . haha jahat tak aku ? tapi tak kisah pun kucang datang , sebab baby yang ajak kan . makanan pun banyak .
 boleh tengok tiga manusia yang tak reti duduk diam . tah mana dia jumpa kayu golf kat rumah aku ni , sempat berposing sakan pulak tu . gambar dicuri dari fb Mohsen . sebab aku kat dalam tengah melayan tetamu . dah puas main golf , mereka bertiga ni boleh baring baring , main game , cas tepon , sungguh , aku sayang korang semua !

Tetamu last datang , Sue dengan Raihan . diorang datang lewat , tunggu raihan balik kerja . pukul 6 . takpe beb , janji datang . gambar kat bawah ni , gambar 2 tahun lepas . hihi . Aku pelik , kenapa gambar Raihan leh takde dalam simpanan (hardisk takde sbb softcopy , kalau kat hardcopy kompem bersepah) aku . padahal dia laa antara yang sangat penting . musykil sekejap . haha .
Takpe beb , tahun depan aku buat lagi makan makan , masa tu wajib snap ok ! 

Terima kasih sudi datang , hargai sangat sangat . lagi dua orang penting , Nadia berada di luar daerah , Anyzz baru kematian ayah . Lepas maghrib terus rushing kemas rumah , basuh pinggan dan berlari mandi , pakai baju tak iron , sarung tudung mak , pegi melawat jenazah , takut esok takde kenderaan .

No comments: