Friday, September 6, 2013

Scalling Gigi

Selasa lepas , bosan duduk office , sebab mengadap benda yang sama tiap hari . cuaca pulak sejuk sejuk nak selimut , tengok line clear , merayau laa aku di kawasan hospital ni . nak jengah pesakit , takde sape yang dikenali masuk wad . sudahnya makin jauh aku berjalan , sampai laa kat klinik gigi . aku pun bukak pintu....jenjeng takde orang ! ape lagi , terus daftar . dah daftar sempat termenung jap , apa aku nak buat ni ?

tingting ! dapat idea . buat scalling lah . taktau apa itu scalling ? sila google untuk pengetahuan yang lebih memberangsangkan . (sebenarnya malas nak explain) . 

Seingat aku , kali terakhir aku jumpa dokter gigi , masa zaman sekolah . form 5 . tahun 2007 . sekarang dah 2013 . nampak tak dah bape abad aku tak jumpa dokter gigi ? sudah tentulaa gigi aku sangat kotor dan pasti akan mendapat bebelan dari dokter , kan ?

berdebar jugak laa nak tunggu dokter panggil . macam mana nak jawab kalau dokter tanya ni . apa mimik muka yang sesuai ni ? *perlu ke .... dan ting tong...SATU KOSONG SATU LIMA BILIK DUA ! masuklah aku dengan semangatnya . dokter pun tanya , nak buat apa ni ? aku pun jawab...errr scalling . ok duduk , pastu dia jerit : "SERVICE" . mak aiiii nak service gigi aku ke ? sakit nokkk ! tak mahuuu !

dalam 15 minit jugak laa nak dia dok tarah gigi aku . sakit tak sakit sangat laa . banyak kekotoran . sebab gigi aku kan bersepah . tulaaa orang suruh pakai braces tak mahu . sibuk sangat nak simpan gigi bersepah dia tu . kan dah mendapat ! dokter cakap , lepas ni gosok gigi , selak sikit bibir atas tu , sebab awak ada gigi kat atas gusi . haha ! baik dokter ! 

ini laa hasilnya selepas scalling . gigi saya dah bersih . dah cantik . suka sangat ...dah boleh pakai colgate optic white ! Hehehe .

kiri sebelum , kanan selepas

hah ? nak tengok gigi atas gusi tu ? tak mahu laaa . biarlah ianya tersimpan di atas sana . hihi !

camne korang jaga gigi korang ? jom laa share .

3 comments:

ezy.fia said...

gigi bersepah la comel..
hikhik

yanapopeye said...

hihi tenkiu sis ! memang bersepah dan sangat bersepah ! syukur dengan pinjaman ini .

Nae said...

hehehe , bagus , tak rasa rendah diri dengan kurniaan yang Allah berikan . gigi bersepah pun okay what . tetap ada manisnyaa tu .wiwiwiwi xD