Sunday, September 1, 2013

Spaghetti Suprima S ?

Hari Ketiga percutian , takde ke mana mana . siang tu duduk rumah kak cik , bergolek , masak , makan , tidur , tengok tv , mengunyah , dan begitu laa sampai ke petang . menu pada hari itu adalah . spaghetti masin orang nak kawen . huhuhu . Bercinta nak habiskan sepinggan ni , memang kenyang sampai malam .
Petang tu pulak , lepas asar , keluar pergi kedai kat taman depan , nak beli lauk untuk masak malam nanti . Keluar dari kedai , nampak  geng Proton tengah buat promotion Suprima S , sempatlah kami test drive satu taman . giler best ! Model Terbaek Proton setakat ini . memang nak beli !

Malam tu , lepas isyak , kami ke Klang , open house kawan Encik Harris . lepas mengisi perut , kami ke Times Square untuk berwayang . Alaaa tengok cite Conjuring je . Aku dah dua kali tengok , so excited sangat laa nak tengok lagi ! ajak tengok sepuluh kali pun aku nakkkk ! Hehe .
Ini Encik Harris , malam tu dia cakap dia nak acah acah jadi student first year . Sebelah tu adik ipar dia . 
heyyy , tengok laa kami bersama kembali ! baru sebulan terpisah , dah rindu rinduan lagi ! Muka puas lepas tengok cerita hantuuuuu ! hehe . I LOVE YOU SEMUA !

3 comments:

ezy.fia said...

suke tgk suprima.. body nye smart..

||aLeaSaRa|| said...

wah betul ye best,suprima?kak lea tengah confused ni.ingat nak ambil preve/suprima untuk 2nd car....husband pulak kata ambil polo.bagi kak lea buat apa mahal2..lagi senang pakai kereta buatan msia...suka suprima color biru cantik ^*

yanapopeye said...

memang best & smart . kita dah test drive , memang puas hati . antara model terbaik setakat ini . harga pun ok . beli la ! hehe