Sunday, September 8, 2013

Ahad yang mana ?

Aktiviti Hari Ahad . bukan hari ni punya aktiviti . aku pun tak pasti bila punya ahad . selongkar hardisk boleh pulak jumpa gambar ni , rasa macam tak cerita lagi pasal hari kejadian kan . nampak sangat laa aku ni memang lifestyle blogger . blogger picisan pulak tu . nasib laa , sape suruh pemalas kan ? 

Hari tu plan awalnya , nak buat makan makan kat rumah Ainul , pastu dah deal elok baik cantik punya , tetiba dapat call dari sorang kawan , jemput datang rumah dia lepas asar , ada makan makan , mak dia jemput mak jugak . kemudian bincang semula , cancel makan makan rumah Ainul , pergi makan rumah kawan tadi jee .
Lepas makan makan , the gegurls ni nak merayap laa . sebab dah lama tak keluar bertiga . so , ke Pantai laa kita . Mersing memang kelilingnya pantai . sebab tu aku selesa kat sini . tension je , tengok pantai . sebab tu dah hitam . asek amek angin pantai jeee . 
Si Ainul ni , kerja dia membebel & gelak je . tengok la tu , tengah snap pun sempat je nak bebel .
 Ni si Ainon , yang sangat kekurangan masa bersama kami . sebab dia tengah berkawan dengan ramai lelaki . haha opss ! sorry non , terbocor rahsia . haha !
 Abaikan apa apa yang kelakar kat gambar ni . hakikatnya aku cuma nak tunjuk keindahan Pantai Air Papan kat Mersing ni . tempat wajib jejak kalau dah taktau nak ke mana . lagi lagi sekarang pasir dia semakin putih , semakin aku suka untuk bermain di sana . Indahnya Ciptaan Mu Ya Allah .
Ainon , Ainul , Liyana . I LOVE YOU GIRLS !

No comments: