Friday, September 27, 2013

Pengancam Perkahwinan

Semalam , lepas maghrib terus siap siap keluar mencari ketenangan yang pada hakikatnya , sakit hati yang aku dapat *okay bukan nak cerita pasal tu . sampai je rumah , tengok macam ada cerita best , teruslah layan walaupun dah separuh cerita , bila iklan je tanya mak macam mana permulaan cerita . mak pun cerita laa bla bla bla . 

Drama bertajuk Pengancam Perkahwinan lakonan Kilafairy (Mellisa) , Nadiya Nisaa (Maya) , Intan Ladyana (Ariana) , Sari Yanti , Farish Aziz , Jonathan Putra (Johan) , Hafizul Kamal (Elyas) , Nazrief Nazri . Cerita ni mengisahkan tentang konflik dua sahabat lama iaitu Mellisa dan Ariana . Bermula dari bangku sekolah hingga mereka bertemu semula ketika bekerjaya , kedua-duanya sering bermasam muka .
Foto
























Selepas 15 tahun meninggalkan bangku sekolah , Mellisa bergelar seorang perunding perkahwinan manakala Ariana merupakan seorang perakam perkahwinan (photographer) yang secara tidak sengaja dipertemukan pada majlis pernikahan Maya . Namun kedua-duanya masih terikat dengan konflik yang sekian lama berlarutan .

Oleh kerana perasaan terbuku yang tak terlerai , mereka merancang untuk sabotaj kerja masing masing tanpa menyedari mereka telah merisikokan pengantin dan perkahwinan itu sendiri . Apabila pasangan pengantin membuat keputusan untuk membatalkan majlis , Mellisa dan Ariana mula sedar akan kesalahan mereka dan berusaha untuk menyatukan kembali kedua pasangan itu .
Aku suka part last cerita ni bila band yang Mellisa tempah cancel last minute , pastu Ariana take over , panggil kawan sekolah diorang . Then diorang buat persembahan khas untuk pengantin . Alhamdulillah pengantin suka sangat , lagu feveret Maya tu !

kesimpulannya , aku nak share , Maya sangat beruntung dapat dua orang kawan baik macam Mellisa dengan Ariana . Sanggup bersusah payah demi merialisasikan perkahwinan dia . Superb terharu . Alangkah indahnya kalau aku punya kawan baik macam mereka berdua ni . hhmm .

sumber & gambar dari pakcik google

No comments: