Monday, September 9, 2013

Dia Bukan Boyfriend Saya

Gemoning semua ! macam yang ada kat entry INI , INI dan INI , aku adalah manusia yang cintakan keindahan pantai . Yes , pantai . laut , air . aku memang suka . suka sangat . sehari mesti nak tengok walaupun dapat tengok sekejap . tak dapat tengok dengan mata kepala , tengok dalam gambar pun jadi . janji TENGOK !

minggu lepas , atau mungkin beberapa minggu yang lalu , beshtie tak kerja . tak silap aku masa tu isnin . yeah , Isnin . dia tak kerja sebab nak uruskan hal pindah sekolah sepupu dia . petang tu dia whatsapp aku :
dia : awak , balik ni saya amek .
aku : nak pegi mana ?
dia : ade la , awak ikut je saya .
aku : tapi cakap laa nak ke mana ?
diam tanpa balasan....

dalam pukul 5 suku , dia pun sampai , aku tengok dia pakai kemeja bagai . aku pun tanya :
aku : awak nak bawak saya pegi mana sebenarnya ni ? saya dah laa pakai selekeh ni !
dia : isssshhh diam , ikut je . tapi saya nak isi minyak jap
aku : okay saya nak pegi toilet

selesai isi minyak dan sesi membuang , aku masih tak puas hati . dan aku tanya lagi :
aku : cakap laaaa nak pegi mana ni ?
dia : hahahahahaha jalan jalan ! (sambil belok ke kawasan rumah bf dia)
aku : jangan cakap nak g beraya eh ! saya pakai baju keje je ni !
dia : alaaa nak g dating la ! dengan MHL ! kita g air papan k...
aku : diam . tersipu . senyum . sambil betul betul baju 

Terima kasih beshtie , sudi bawa pegi dating walaupun hakikatnya dia yang nak dating ! gggrrr ! Seronok sangat masa tu . walaupun saya selekeh dengan baju kerja . muka tak senonoh . tapi tetap gembira . terima kasih sangat kerana membahagiakan saya dengan pantai . saya suka pantai !
MHL , aku , beshtie , bf beshtie
beshtie yang suka tidur time bergambar , dan aku yg selekeh dengan baju kerja
again , double date kah kita ?
date ape nye ! dia jalan sorang , saya jalan sorang jugak . taktau nak ke mana !
berjalan sambil sepak pasir . menikmati keindahan pantai
 masa ni dah steady nak posing , tetiba si Ainul gelak sakan , terus terhasilnya pic ni . lawak !
 tatau ape motif aku suruh semua senyap . dah la gemok !
 boyfriend dia , dia dan saya
 saya takde boyfriend , begitu juga dia . mereka suruh duduk dan terhasil lah gambar ini . sila jangan cetuskan kontobesi .
masih tak faham , apa yang kami sedang gelakkan . mungkin kami terlalu seronok bermain dengan pasir dan melihat keindahan alam .

Terima Kasih . Lain Kali Ajak Lagi . Walaupun Tiap Hari Jumpa !

3 comments:

Unknown said...

Ouhhh..sangat rindukan ssat ini..rindu sgttt !!heeee

Unknown said...

Ouhhh..sangat rindukan ssat ini..rindu sgttt !!heeee

yanapopeye said...

rindu ! jom laa buat kerja giler macam ni lagi !