Monday, September 3, 2012

ada yang pelik di kampung~

wahh dah lama tak menulis entry di malam hari . tetiba malam ni rasa nak menulis pulak . dalam entry HARI RAYA yang baru aku update pagi tadi , daku ada cerita pasal gelas doraemon kan ? haa dalam entry ni nak cerita lebih detail lagi pasal keunikan beraya di kampung halaman tercinta .

Mostly semua rumah dah ready gelas kecik super comel ni kat atas meja . siap dengan air botol sekali . air botol kat kampung takde laa sehebat air botol kat bandar yang banyak gas tu . gas kurang dan tak manis sangat .
tengok laa jenama air ni . JAEZ , buatan orang kampung jugak . yang bawah ni pulak antara juadah yang ada semasa hari raya . kalau kita kat bandar , meja penuh dengan kuih raya . tapi kat kampung , meja penuh dengan asam , jeruk , jajan , keropok dan kerepek . kuih raya ? boleh kira berapa balang je ade .
tengoklah penuh meja kat uma makcik aku ni dengan balang balang dan asam asam . naissss !
dan yang paling pelik , rumah ni ada duit dalam pinggan yang berisi kuih cakar ayam . dah laa kuih feveret aku , datang datang tengok ada duit pulak dalam pinggan tu , terus tak jadi makan . haihhh tuan rumah .
dan yang menarik perhatian mak aku . air zaman dia dating dulu dulu . HAHA yeke mak ? jumpa balik setelah tua beb ! hidup air botol kaca ! 
dan daku menjakunkan diri dengan membuka tutup botol ini . semangat nok . padahal bukak sebotol je . kecoh macam sepuloh botol kat tangan aku .
dan anak buah aku merasa air botol yang disangka arak pada mulanya . budak kecik , budak kecik .

kat kampung korang macam mana pulak ? jom laa kongsi cerita pelik .


2 comments:

NMH said...

waa kat kampung mane? baru tau sambut raya macam tu.. =)..lain sgt dgn kampung kite..hee

yanapopeye said...

kampung kite kat Labuhan Dagang , Banting . jom tengok detail kampung kite http://nurliyanapye.blogspot.com/2012/09/masih-berhari-raya.html