Monday, September 10, 2012

Sesi Beraya Bersama Sahabat~



seminggu lagi habislah syawal yang mulia ini . tapi jari daku tetap setia berlari lari bercerita tentang Hari Raya . kali ni cerita beraya bersama sahabat dan teman sejati . walaupun tahun ni tidak meriah macam tahun tahun lepas , tapi daku tetap meneruskan tugas menjadi 'kepala' beraya . tahun ni daku beraya kat kampung , jadi agak lewat memulakan sesi beraya . ramai yang dah start bekerja , maka tak banyak laa rumah yang kami singgah tahun ni .

hari pertama beraya pada hari raya ke5 . lepas maghrib mereka beraya di rumah daku . then meneruskan perjalanan beraya di rumah Pegawai Askar kita neh , mak dia macam biasa lah  , sentiasa buat makan makan . kemudian terus menyerbu rumah Faiszah , call terus cakap nak datang , amek kau , 5 buah kereta datang serbu . excited sangat beraya sampai lupa nak snap gambar . hihi .

Hari kedua diteruskan lagi selepas solat Jumaat . Firdaus & Haniff datang beraya dirumah daku sambil menanti Faiszah & Ainul tiba . sebab hujan , jadi naik satu kereta je , senang dan pantas . Aku dibuli di dalam kereta . harap maklum . rumah pertama yang paling lama diserbu , rumah Suhaila , study kat UNIMAS . cuti panjang akak kite nehh . Dia hidangkan Puding untuk kami . yummy !

Sesi Bergambar Bermula sementara menanti hujan berhenti ; 
masing masing tak reti diam , gelak sakan
Dari kiri : Suhaila , Faiszah , Ainul & Me
 Haniff bakal cikgu , dia cakap : jangan panggil saya cikgu selagi belum rasmi saya jadi cikgu . good Anep !
 Melayan si Firdaus yang semakin suka tangkap gambar kami 
Kami pantang bila ada yang halakan camera
ini di rumah ketiga , rumah kedua singgah sekejap je . sebab tuan rumah tengah prepare untuk majlis pertunangan . budak ni nama dia Omar , dia setia duduk dengan aku sebab nak mintak duit raya . Aktiviti beraya diteruskan ke rumah ke empat , rumah Ustazah kami , anak dia bestfren aku . seronok , ustazah masak mihun , melantak sakan laa . camera ? simpan dalam beg . HAHA
sesi beraya tidak habis begitu sahaja , diteruskan pada malamnya . Open House ! dua rumah je , tapi borak je yang lama , biasalah kalau dah jumpa kawan kawan kan . meriah ! Rumah pertama rumah Ainul , makan mee goreng , yummy !
 manis kan kami berjubah ? memang plan nak berjubah pun . ayu gitu !
antara gambar dari camera Faiszah . rumah kedua rumah kawan kami yang kahwin aritu . Rusydi & Yatie . dah ada rumah sendiri . thanks sudi jemput kami datang rumah . makan nugget je sebab dah tak larat nak makan , penuh perut dari siang beraya .

Sesungguhnya sangat seronok apabila berkumpul beramai ramai camni . meriah . teringat segala memori . gelak tawa , siap gadoh gadoh lagi . tapi kejap jee . kita kan kawan :)


No comments: