Friday, September 7, 2012

Marhaban Bukan Meraban~

Seperti biasa , bila tiba Hari Raya , ahli kumpulan Yassin Taman Sri Mersing mula mengadakan marhaban . marhaban diadakan mengikut jalan . harini jalan ni , esok jalan tu . ikut turutan dan siapa order dulu . hihi . macam nak order kuih pulak kan .

31OGOS2012 , giliran Jalan Puding pulak . hampir semua rumah amek marhaban kali ni . meriah . uniknya , kami satu jalan sehati dan sepakat . marhaban terus dari rumah ke rumah , jamuan makan di rumah terakhir iaitu di rumah daku la . jimat masa dan meriah ! semua makanan kami kumpul setempat dan makan beramai ramai .

Dan rumah terakhir jugak bacaan doa selamat dilakukan . Alhamdulillah selesai marhaban untuk Syawal tahun ni .
 penuh rumah , jadi daku duduk kat belakang je laa . disebalik langsir .
anak uweekk aku , jarang tengok majlis macam ni , ternganga bila tengok orang ramai serbu rumah dia .
tahun lepas daku tak balik masa marhaban ni , jadi tahun ni dengar lagu baru . best pulak .
usai marhaban , jamuan makan berlangsung . haa ni mokcik mokcik jengah kuih raya .
mak bersalaman dengan bibik . ngapuro ye bik . *speaking jawa sat


No comments: