Wednesday, April 13, 2016

Melawat Baby Deeja

Dah hampir dua bulan usia Baby Deeja , kak Yana baru nak cerita . biasalah blogger picisan macam kak yana ni , dah la sendu , taktau laa siapa je yang baca blog ni . rasa macam takde .

Masa pergi melawat baby Deeja , dah nak habis tempoh pantang dah pun time tu . Ibu Deeja pesan , kalau nak datang kena bawak nenek kepoh sekali (mak aku la) . Alkisahnya , bila aku free , nenek kepoh busy , bila aku busy , nenek kepoh free . sudahnya memang lambat laa melawat baby Deeja ni .

Sampailah satu hari tu aku takde mood nak kerja , so aku amek cuti , nenek kepoh pun free , so jom lah mak , kita melawat baby Deeja . lepas asar sampailah kami di rumah mereka , disambut oleh kakak kakak Deeja yang comel lagi menawan .


Baby Deeja ni hobi dia tido . bom meletop sebelah dia pun , dia tak heran . kerja dia tidoooooo sahaja . menyampah tau . takpe , tunggu Baby Deeja besar , nanti kak yana buli Deeja . hehe . tengok jari dia panjang panjang kan . dah besar nanti mesti tinggi macam kak yana . cewahh !


ini hadiah comel khas untuk baby Deeja . first time buat tau design ni . comel sangat . geramm ! kakak kakak Deeja pun over excited . kejap kejap dia selak nye kain bear ni ,


Untuk family ceria ni , kalau bagi hadiah , tak boleh satu . bagi hadiah kena adil , semua dapat . maka , kak yana buat la bekas pensel simple ni untuk Ibu , kakak Baby & kakak yayang . untuk papa ? errrr bunga tu lah . ibu bagi kat papa je nanti ehh . haha 


dannnn ...mestilah ada sesi bergambar dengan semua kecuali papa . papa lambat time ni . orang dah nak balik , baru dia datang . ape laaaa papa ni . dah terlepas sesi gado gado bertumbok . bukan ape , papa diorang ni suka dengki ngan kak yana diaorang ni...


ini gambar dari ibu , tanda terima kasih katanya . suka laa korang erkkk . nanti hari guru jangan mintak hadiah lagi ! tapi nanti kak yana kawen , sila sponsor banyak banyak ehhh . terima kasih !

Ohhh , mesti korang tertanya tanya , siapa diorang ni . Cikgu Ayu ni adalah cikgu aku , dia start mengajar aku masa aku form 2 , masa tu dia tengah praktikal lagi . sampai sekarang kitorang rapat . tempat aku mengadu nasib and mintak pendapat semua . sayang dia . and sekarang anak anak dia pantang jumpa aku , ade je anak anak dia request . semoga kasih sayang ini kekal selamanya . sayang kamu kamu semua . dia still mengajar sampai sekarang , sebelum ni pun ada buat bridal , tapi dah stop , dah penat katanya , padahal dah kaya . kehkehkeh ..

cikgu , mohon jangan beranak lagi . stop dulu , bagi la laluan kat saya ni dulu . and please focus on my wedding . sekian . haha !



No comments: