Monday, April 18, 2016

Wedding Lagi

Genap sebulan baru nak update , anggap je aku update post ni tanda ucapan tahniah aku pada diorang yang dah sebulan menajdi suami isteri . dah menjadi kebiasaan , bila cuti sekolah je berderet lah jemputan kawen . untuk tarikh 19 Mac yang lepas , aku dapat tiga jemputan kawen . semua kenalan rapat . paling rapat farah la .

Farah ni adik kepada bestfriend aku , Pejah . jadi Fara ni request kitorang jadi bridesmaid dia untuk malam nikah . kitorang on je , bab melawa memang serah saje pada kitorang .

sila lah tatap wajah wajah bridesmaid ni , semua single lagi ye , silakan ngorat , silakan ... haha

Esoknya farah tak perlukan bridesmaid , jadi boleh la kitorang berlari lari attend lagi dua wedding . nasib baik dekat dekat . so sempat la nak lepak lepak kejap kat dua dua wedding tu . dah cakap dengan Pejah awal awal , rumah dia last , sebab nak lepak lama lama kat rumah dia . Pejah on je . 

Ini Atyqa , kawan dari sekolah rendah lagi . masa kitorang datang ni , dia dah nak bersanding , so kalau nak tunggu dapat bergambar dengan pengantin lelaki , memang lama lagi lah kan . makanya dengan brides je la . tahniah Tyqa . semoga kekal bahagia selamanya .

Ini Rita , nama betul Ritaudin . senior masa sekolah . rapat dengan dia sebab dulu selalu naik bas pergi sekolah sama sama dengan dia . masa bergambar ni , sempat dia bisik - ehhh kau datang jugak ehhh . ehhh haruslah , Insyaallah aku akan datang kalau korang jemput . aku memang suka pergi wedding kawan kawan . meraikan hari bahagia bersama mereka .

 Ini Farah , adik pejah . kitorang memang rapat ..dah biasa dah dengan laki dia ni . kebetulan baju aku pulak hampir sama dengan baju pengantin , kata Farah - baju dah sama tu , boleh laa sanding sekali . hahaha senget semua semua ni . petang tu farah ajak kitorang ikut dia pergi outdoor session . jom je lah , balik rumah bukan ade buat ape pun kan .


payung satu je gambar masa outdoor , aku syak si farah ni memang suka kaler hijau lah . bersanding hijau , outdoor pun hijau .

buat ketiga tiga pengantin , semoga perkahwinan ini diberkati , bahagia dan kekal selamanya , paling penting , jangan lupa doakan untuk kami kami yang masih single ni . kami juga ingin rasa bahagia itu , cewahhh ! ayat kau kemain erk !



No comments: