Friday, August 10, 2012

tahun akhir bersama~

minggu kedua berpuasa , apa yang kami lakukan ? SHOPPING ! memandangkan ini tahun akhir kami membujang bersama , masa yang ada kami manfaatkan sebaik mungkin . apply cuti awal awal supaya dapat shopping dan bercuti bersama .Tahun depan akak akak ni nak kahwin dah , sedih laa . dah tak dapat bersama lagi . masing masing dah ada komitmen sendiri .

best planning , si kakak apply cuti 2 hari . sabtu dan ahad . si adik pula amek MC saja on saturday . jimat cuti untuk raya . pasangan adik beradik yg satu lagi memang tak payah apply cuti sebab itu memang hari cuti diorang . maklumlahh , keje kat rumah je kan . UNTUNGlah badan *dengki* .

memulakan perjalanan selepas berbuka puasa bersama keluarga . sampai di KUALA LUMPUR *skema tak ? pada jam 12 malam . sampai sampai terus pergi Kampung Baru , untuk makan ! okayy Encik Harris salah bawak , kedai tu masak TAK SEDAP LANGSUNG . semua orang makan tak habis . *hampa disitu . then Encik Haris bawak kami ke Uptown Danau Kota . terus contact masterchef dengan pantas , area rumah dia kan . sebab masing masing sebok jalan dengan boyfiee masing masing . I'M SINGLE RIGHT NOW . nasib baik masterchef sudi datang . thankyousomuchsweetheart ! Since mereka tak pernah sampai , aku bagi peluang dorg keliling Danau tu , aku pegi dating dengan masterchef , lepas rindu ! ouhhsosweet . selepas bertekak peluk cium bergurau senda dengan masterchef , dye cakap nak balik , tanak mama dye bising balik lewat . yelaa masa tu dah pukul 3 pagi . maka kami pun pulang , check in hotel bapak jauh kat Bukit Jalil . tak paham apsal Encik Harris bawak kami ke sini . maybe sebab parking kereta selamat kot . lepas check in teros bongkang , pengsan tak ingat dunia .

Hari kedua di KUALA LUMPUR *berlagak* , bangun pukul 11 , masing masing lemah . bangun teros mandi mandi , bersiap , make up segala . Encik Harris nak bawak pergi SOGO harini . tempat paling aku benci . sebab : RAMAI ORANG , RIMAS , LEMAS !
sementara tunggu Encik Haris , kami berposing sakan dalam bilik . kami berempat sangat rapat sejak dari kecik lagi tau . Bahagia kongsi suka duka bersama .
kami berdua naik kereta Encik Haris , nak bagi peluang kat JMD dating . HOHO . kejap lagi , hubby kakak aku ni datang . jalan laa aku sorang diri . beginilah hidup tiada kekasih . hanya menumpang kasih sahabat sahabat setia .
selepas ke SOGO , kami ke Sungei Wang dan LOT10 ! ape yg seronak kat LOT 10 , ade butik kesukaan aku lerr . huhu . masuk sorang diri . shopping sakan laa . sebelum ni , ada tukang pilih seluar , aku tukang try je . tapi sekarang , sendiri pilih , sendiri try , sendiri buat keputusan . sedih tau . masuk fitting room yang sama , rasa sebak . tapi itulah takdir namanya .

Hari kedua , masih menaiki kereta Encik Haris , kali ni kami ke GM Klang . beli barang untuk business ! seriously , kat GM ni memang murah murah , baju cantik cantik , tapi sebab kesedihan yang melanda , langsung takde feel nak pilih baju . memang tak beraya laa kite . sedihnya rasa .
aku bergaya muslimah . tutup segala yang tidak patut yea popeye . Alhamdulillah :)
bersama Encik Haris yang setia melayan kerenah kami . Tahun depan layan lagi ye , bawak kami tido rumah kamu berdua pulak . no more hotel please :)
Aku sangkakan , Kuala Lumpur kali ini akan memberi seribu keceriaan pada aku , tapi aku silap , sepanjang sabtu , hanya kesedihan yang menyelubungi hari aku . terima kasih buat anda yang membuatkan aku menangis dan sebak sepanjang hari . terima kasih untuk kak nini , kak cik , nana dan Encik Harris yang sudi menenangkan saya . lagu "matilah kau" akan ingatkan aku pada tangisan itu . you are my super best sister's I ever had !


No comments: