Saturday, February 4, 2012

holiday a.k.a family trip

hye peeps , sangat sedih melihat keadaan mr.blog daku neh . biasa la sibuk dengan tugasan harian . takmau celoteh panjang , daku nak story pasal family trip HJ.DOLAH di Langkawi !

disebabkan ini adalah family trip a.k.a family trip , kami bertolak dari mersing jam 6.30 petang pada hari jumaat (20januari2012) dan bergerak ke senawang untuk mengambil adik abah satu family . sepatutnya stop kat kluang dulu , tapi acik tak dapat cuti pulak . so teruslah ke senawang . tiba di senawang jam 10.45 malam . dan terus bergerak ke ipoh , amek semua adik beradik abah yang ade kat perak . diorang berkumpul kat rumah sepupu abah di ipoh . rumah dye tepi jalan je . senang bas nak masuk . lebih kurang pukul 5 pagi , tiba di ipoh . siap sesat sesat lagi . gelap kan , tak cam jalan sangat . semua dah ade , bas penuh , tambah meriah ! dah mula rasa BEST ! meneruskan perjalanan ke KUALA PERLIS ! memandangkan feri kami jam 3petang , kami sempat singgah di WANG KELIAN . sempat ke luar negara lagi . THAILAND je kowtt . sawadikapppp !
sampai je sana mak terus hilang . ke mana ? SHOPPING laa . tengok tangan  dye penuh ! 
wang kelian yang menghabiskan wang kalian !
setelah puas bershopping sakan di wang kelian , kami meneruskan perjalanan ke jeti kuala perlis . sampai je kat sana , mak aiii ramainye orang ! biase laa . CNY kan . so kami beratur menunggu giliran sampai lah dapat masuk dan dapat duduk . dalam sejam jugak laa dok dalam feri tu . tak sabar nak sampai ke langkawi
tengok reaksi mereka yang pertama kali naik feri . abah ngan adik adik daku di hujung sana .
sampai je kat langkawi , kami terus mengisi perut yang lapar . usai makan , bas pun dah ready nak bawak kami pusing pusing sebelum check in hotel . indahnya langkawi . lepas check in hotel , aktiviti bebas *sebab kami ikut pakej , so ada jadual . aktiviti bebas pertama kami adelah swimminggg ! paling seronok kanak kanak laa . abah pun seronok gak . maen terjun terjun . *jeles . malam tu kami makan malam bersama . ade jugak yang tak keluar , kepenatan katanya . lepas makan , balik tido ! get ready untuk jenjalan seharian esok .
ahad 22 januari 2012 , destinasi pertama . kedai batik . ibu2 shopping kain batik laa .  tapi mak daku tak layan , dia cakap dah bersepah kain batik kat rumah kawan2 bagi . so dye borong keychain laaa .
destinasi kedua : kilang gamat . tengok proses membuat minyak gamat . tu daku celup gamat . tak panas okeh ? kalau minyak masak kat rumah , sure dah melepuh tangan neh .
selesai sesi mencelup . shopping minyak gamat pulak . buah tangan untuk kengkawan  . untuk daku , daku beli bedak resdung . harap cepat sembuh la yea .
destinasi seterusnya : KOTA MAHSURI .  time ni adik pening pening tak larat nak jalan . kesian dye . tapi kami tetap meneruskan perjalanan . masuk musium , tahu laa cerita asal sumpahan mahsuri .
dalam kota mahsuri , KAMPUNG KEDAH . ade gaya model tak ? hehe
perigi mahsuri . mak basuh kepala adik dengan air perigi ni , terus sehat . siap boleh melompat lagi ! alhamdulillah .
 destinasi seterusnya ;
tiket masuk rm28 dewasa . kanak kanak rm18 . harga tak penting , yang penting PENGALAMAN  dan KENANGAN .
bersama bonda tercinta , belakang itu flamingo !
tengok keluarga bahagia penguin tu . sweeetttt !
hati tenang tengok ikan !
oke nak balik dah . bubye ikan ikan semua !
 seterusnya kami bergerak ke ORIENTAL VILLAGE . cable carrr ! *frust tak dapat naek sebab manusia sangat ramai . nak beratur lagi , memang tak laa . banyak lagi tempat kami nak pergi . so terpaksa lupakan hasrat hati . rawat hati dengan jalan jalan dalam kawasan tu .
mak ngan adik excited pegang ular . daku ? lari menjerit jerit . geli wooo .
hanya mampu bagi makan arnab dan ikan . huhu .
kemudian kami bergerak pula ke GALERIA PERDANA . tempat di mana letaknya barang barang DR.M . hadiah hadiah beliau dari serata dunia .

 destinasi terakhir untuk hari itu adalah HAJI ISMAIL GROUP ! kat sini saje , daku habis rm200 . untuk daku saja okeh , belum total dengan barang barang mak dengan adik adik lagi . giler kentang . semua murah . coklat ? tak payah cakap . coklat DAIM tu , habis daku sebat !
beg di tangan itu hanya penuh dengan COKLAT . jangan marah yea .
selesai shopping , sesi makan malam pula . sebab nak rehat awal dan ngemas beg , kami makan malam awal . lepas makan balik hotel mandi mandi . keluar semula shopping kat pasar malam pulak . pasar malam borong baju laa . hehe
sebelum balik . perkara wajib dulu ! snap snap !
 hari terakhir di Langkawi . 23 januari 2012 . birthday adik . dalam bas kami seronok menyanyi lagu birthday , acik aii bagi angpau , meriah sangat !
special pose dari langkawi untuk readers semua !
okie bubye langkawi . mak ajak snap kat bontot lang . HAHA !
 feri pukul 11 . rasa tak best je sebab dah nak balik . tak puas okeh . tapi kami tetap bahagia . holiday yang sangat meriah ! terima kasih semua . terima kasih langkawi .

p/s : plan untuk next year - trip to TERENGGANU . sila kumpul duet yea anak anak !

No comments: