Monday, September 12, 2011

minggu mencapap sedunia~


hye all . even raya dah hampir dua minggu berlalu , tapi daku tetap nak story jugak kisah raya daku bersama kawan kawan daku . seminggu daku cuti *tapi saje lanjut sendiri sampai dua minggu , daku happy sangat dapat lepak dan berkumpul dengan kawan kawan . yelaa , bukan senang dapat kumpul ramai ramai macam ni . jarang sekali . so sempena raya ni since semua orang balik kampung , daku pun tak chance la lepak dan bertemu mereka . best sumpah best !

hebat tak hebat , raya pertama lagi daku dah gerak pegi beraya umah kengkawan . orang laen raya pertama bersama dengan keluarga terchenta , tapi daku pedulik hapee , nak keluar jugak . sebab most of my friends cuti singkat jepp . and for sure kalau daku tak bergerak , memang diorang pun tak bergerak jugakk la kann . semua nak daku yang mulakan . MANJASANGAT!
seharian pakai baju busuk nehh ;p
so raya pertama malam tu daku bergerak bersama beshtiee daku , pejah and ainul . bertiga saje sebab lepas magrib baru plan nak beraya . rumah pertama rumah Mohsin *sebab dekat dengan rumah atok daku . next station rumah anak pak imam , suhaila comeyh *sempat lagi dok ngajar dye pakai shawl . HAHA . kemudian rumah sahabat kaceep daku , nadia . lepas tu dah tatau nak ke mana sebab ramai yang sibuk dengan sedara mara masing masing kan .
kacepp daku yg sangat setiaaa :)
perjalanan dihentikan pada raya kedua sebab daku sibuk dengan rehearsal untuk RUMAH TERBUKA FB ANAK MERSING . lepak kat dewan , tolong tolong apa yang patut , pastu balik rumah dengan rushing giler . siapsiap untuk majlis yang SUPERMERIAH itu . daku menang glamour raya taw malam tu , meh tengok SINI .
meriahnya hari raya
ziarah raya diteruskan pada raya ketiga . rumah pertama yang dikunjungi rumah fana , meraikan majlis pertunangan dye bersama kekasih terchenta . boleh tengok SINI . kemudian rumah kawan daku aka abang angkat ainul iaitu Ejan . alang alang dah ade kat taman , beraya la umah kacepp daku yang sorang lagi , Ain . sempat lagi tunggu ain bersiap ajak join g beraya umah kengkawan yang lain . so next station , my future mother-in-law house . *ecehh . kemudian ke rumah pejah , dengan harapan dapat makan nasi dagang , tapi malangnya tak siapp lagi . HEHE . so kami decide nak keluar berjalan jalan . sebab dah petang . malas dah nak beraya . tapi hasrat kami nak bersiar siar terpaksa dilupakan sebab jalan jem GILER . sakit hati lalu patah balik lepak kedai minum jep . haihh . sangat tidak seronok . tapi aktiviti beraya diteruskan pada malam itu . tapi bukan kat rumah orang , dekat kedai makan yang TOP dan hanya ada SEORANG tukang masak . so , kami berborak hebat kencang selama SEJAM SETENGAH menunggu makanan . apabila makanan sampai , kami makan dengan lahapnye . dan pulang dengan badan yang LETIH dan KENYANG GILER .
tengok mersing pun jemmmmm gilerr !
aku sebok bergosipp , dye sebokk cekk hp . HAMPEH !
Raya ke-4 , hari jumaat , menghormati hari jumaat , ziarah hari raya bermula pada jam3.30 petang . kali ni daku beraya dengan kaceep daku , nadia . bermula dengan rumah jimmy . family dye takde so , daku minum , daku la yang basuh cawan sendiri , naseb baek dye tak dera daku soh masak sendiri kan ? HEHE . kemudian bergerak ke Sri Pantai rumah kawan daku yang sudah terpisah beberapa tahun lalu . kemudian rumah Marliza , tahun lepas merempit g umah dye . dan kemudian balik dan bersiap untuk ke kenduri di rumah Firdaus *dye nak bertugas mempertahankan negara di Sarawak .
teman kedai kopi... :)
kami bertemu kembali setelah sekian lama terpisah :p
mereka suka bergambar bersama *yeke
hari sabtu , beraya rumah bebudak taman pulak . bermula dengan rumah suliza *lepak selama 2jam , topup 2x air dan kuehh sebab hujan lebat . setelah hujan berhenti , ziarah diteruskan ke rumah siti , ain dan last umah daku . last di rumah daku kemudian gadis gadis beraya ke GUARDIAN pulak *menghabiskan duet raya . setelah puas , balik dan berehat di rumah .
bosan dah raya umah orang lama lama 
pagi ahad dikejutkan dengan kematian nenda beshtiee daku , ainul . salam takziah buat awak dan family . lepak di rumah seharian dan dikunjungi oleh teman setia daku , Iskandar . sebelum dye balik ke kuantan , sempat jugak singgah rumah daku kan , tengss beb . malam pula menghabiskan masa lepak bersama beshtiee , pejah dengan my future hubby , apat . kemudian datang pulak si bongekk Kimi . HEHE . enjoy that night walaupun gaduh geram dengan perangai apat yang menyakitkan HATI .

isnin yang sunyi sebab dah ramai yang balik ke kolej dan tempat kerja . daku je yang setia sebab kehabisan tiket nak balik KL . hurmm , jadi daku keluar merempit petang tu dengan pejah . just lepak kat kedai kek makan makanan feveret daku *sosej sambal tumis . jalan jalan cari mangsa , dan pulang dengan bahagianya . malam merempit dengan nadia pulak , macam biasa , tawaf pantai 10x , tapi kali ni tambah bahagia sebab daku memberanikan diri karoke open kat kedai makan . pualng dengan hati yang SANGAT gembira .
tertido tunggu turn nak karoke :)
merempit di tengah malam :)
selasa pulak , pulang ke KL dengan hati yang kecewa sebab apat tak datang hantar daku kat terminal , SUMPAH KECEWA GILER .

tamatlahh episod beraya daku di MERSING , balik BANGILADESH langsung takde feel raya , HAMPEH betol...

No comments: