Sunday, February 1, 2015

dua bulan setengah

perghh ! last update 13 november 2014 . dah dua bulan setengah meninggalkan blog . kesiannya . rindu memang rindu . sangat rindu nak berblog .

start dari bulan november lepas , aku dah mula sibuk . sibuk dengan kerja . projek dah nak siap , so sangat banyak kerja yang aku kena buat . last check bangunan , siapkan semua report report yang ada . fuhh . memang tak menyempat nak jengah blog ni . tertinggal lah semua cerita blogger blogger yang aku follow . yang mengandung mesti dah selamat beranak , yang baru kawen ada yang dah dapat berita gembira , pregnant dah . arghhhh stresss pulak bila fikir semula . huhu

31 disember pulak , hari last aku berkerja . tahun baru memang bermula sebagai suri rumah sepenuh masa laa . *taknak laa cakap penganggur terhormat , sebab macam sedih sangat bunyi nya . haha ! sejak duduk rumah ni , bila orang tanya - kenapa berhenti kerja ? dengan poyo nya aku jawab - saje , nak jadi suri rumah sepenuh masa . actually , aku nak focus kepada perniagaan aku . aku nak cuba buktikan bahawa , dengan meniaga dari rumah , aku pun boleh berjaya . aku nak orang sekeliling aku bangga dengan aku .

hari ni , 1 februari 2015 , sebulan sudah aku menjadi suri rumah sepenuh masa , Alhamdulillah , aku semakin gembira dengan kerja aku . semakin bahagia dengan business kecil kecilan aku . hehe . sejak duduk rumah ni , banyakkk sangat idea yang datang . tak kurang juga idea dari mereka mereka yang tersayang . terima kasih kerana menyokong aku . buatkan aku semakin yakin !

okayy , nanti bila bila free , aku update lagi ye . dah sebulan ni berkerja dari rumah ni , harap boleh sesuaikan diri . kepada uolls yang taktau aku business apa , meh laa jengah page aku :

facebook : Reben Popeye
facebook page : Reben Popeye
instagram : RebenPopeye
sms/whatsapp/telegram : 0177949838/01132117347

jemput la jengah  , tengok tengok . nak tempah terus pun boleh . insyaallah puas hati .



2 comments:

Ezy Loy said...

semoga terus sukses dlm bidang bisnes..
:D

CikLily Putih said...

wah berniaga ni.. bagus2.. kagumlah k lily dengan org berniaga dari umah ni...

nak promote tak? meh contact k lily ek