Friday, April 6, 2012

kehilangan si penghibur

salam jumaat semua . semalam daku keje half day je . tengah semangat buat kerja . tetiba dapat call dari jiran yg menetap di singapore . bertanyakan keadaan dua pupu daku yg sedang nazak di hospital . camne org yg duduk jauh boleh tau sedangkan daku yg kerja kat hospital ni boleh tatau ape ape ?

tanpa banyak bicara terus call mak . yup , mak dengan jiran jiran tengah bersiap nak ke hospital . di wad kecemasan katanya . bergegas laa daku menuju ke sana . meninggalkan semua kerja . setibanya di wad , terpandang abang arwah dengan linangan air mata . dalam hati terdetik , angah dah takde . masuk dalam wad kecemasan . sekujur tubuh kaku dikelilingi jiran tetangga daku . segera membuka dan melihat.......ya Allah , abang ngah . mengalir terus air mata daku . melihat budak yg baru berusia 16 tahun pergi dengan tenang .

sesungguhnya kami redha dengan ketentuan Illahi . biarlah dia pergi setelah 16 tahun berjuang dengan penyakit talesemianya . semoga abang ngah tenang di sana . pengurusan jenazah juga berjalan lancar . alhamdulillah semuanya selesai jam 6 petang .

buat keluarga , harap redha dengan semua yang terjadi . doakan abang ngah tenang dan bahagia di sana . kini tiada lagi kedengaran hilai tawa abang ngah . gurau senda abang ngah kami simpan sebagai satu memori .


zaza hafizi haziq bin zahalim dalam kenangan .

posted from Bloggeroid