Wednesday, January 8, 2014

Camping dengan Geng Simsimi !

cerita dua minggu lepas . minggu ni aku mengalami masalah kemurungan melampau . aku taknak bergaul dengan orang . bercakap pun ikut mood . tambah lagi dengan keadaan kesihatan yang tak menentu . okay abaikan itu . 

minggu terakhir pada tahun lepas , aku bersama geng Simsimi (geng chat dalam whatsapp) aku pergi camping kat Pantai Pasir Lanun , perjalanan setengah jam dari rumah , tapi sebab pergi dengan jebon jebon ni , perjalanan jadi berjam jam . tunggu jebon ni , tunggu jebon tu . sabr je lah wahai hati .

Sampai kat tapak camping dah maghrib , takde orang yang camping pun , maybe sebab dah nak naik sekolah . aku sebagai pengurus pasukan pergi setelkan bayaran tapak , ahli lain siap siapkan barang keperluan lain . 

Duduk tepi pantai , cuaca sejuk , kelaparan lah . aku pengurus pasukan yang garang . jangan curi curi makan . nak makan , makan sama sama . hakikatnya diorang sume pakat curi makan belakang aku . asal aku datang je kat tempat bakar bakar tu , dorang buat buat sibuk membakar , bila aku berambus , laju sekor sekor mengunyah . haihh anak anak !
seronok je muka sorang sorang . masa ni , sorang pun tak berani mengunyah , sebab aku tolong bakar . haha ! so sebab tak dapat mengunyah , jom kita bergambar !
lelaki lelaki ni semua , pergi camping tanpa pengetahuan bakal bini masing masing . so ada yang takut bini , mohon supaya gambar dia tidak disiarkan . oleh kerana gambar masa makan , semua ada gambar dia , so , aku terpaksa edit begitu . nasib kau lah budak . sape suruh takut bini . haha !

malam tu lepas makan , lepak lepak depan unggun api . gambar takde sebab sangat sensored . mereka punya angkara ! gambar aku lah yg sensored tu . menyampah ! dah kesejukan tidur kat luar , masing masing berambus tidur dalam khemah sampai la ke pagi .
bangun pagi , dengan tak mandi , pergi gosok gigi je . terus masak sarapan pulak . sos bbq aku menjadi pujaan . Alhamdulillah . aku memang suka masak , tapi aku malas . hehe
ni nama dia Nasir , dia memang suka main api . sepanjang masa main api . sepanjang camping ni , 3 4 unggun api dia buat okay . memang suka main api .
masa ni konon konon breakfast mat salleh . dah ada family yg datang nak berkelah . lepas makan , terus kemas kemas khemah . semua pakat tak mandi , sebab nak eprgi mendaki pulak . rabak mata oiii !
diorang dah sampai puncak , aku tak sanggup . gayat yang melampau ! aku tunggu kat bawah je . jadi cameraman tak bertauliah diorang . 
lama pulak tu diorang lepak kat atas . dah macam macam candid pose aku dapat dari diorang . tapi cantek ! aku suka ! sungguh indah ciptaan-MU YA ALLAH !
panjat sikit je berani , tak berani nak sampai atas , lutut dah menggigil . tak berani weiii , gayat nak mati !
ni masa dah turun , dok melepak atas batu . orang takut bini yang amek gambar . terima kasih !

terima kasih kepada geng Simsimi yang merealisasikan aktiviti ini . dan aku sebagai pengurus , bangga dengan korang semua . big thanks to all of you . next trip kita bulan dua okay . LEGOLAND !

gambar dari camera buruk aku , tak sharp lah sebab aku dah kecikkan MP dia . hehe . nak gambar clear , ada dekat fb .


No comments: