Wednesday, January 1, 2014

Memory of 2013

Salam 2014 . harini kita dah ada dalam tahun 2014 . semalam sangat sebak nak meninggalkan kenangan dalam 2013 . terlalu banyak kenangan manis dalam 2013 . semoga 2014 akan lebih bermakna . Insyaallah . Amin .

So , sempena new year ni , aku nak jugak laa highlight sikit memory 2013 . Entry ni agak panjang k . selamat membaca . hehe . macam lah ada orang nak baca . klik gambar untuk baca entry penuh ye .

FEBRUARI :
Wedding Zie - geng lepak masa sekolah dulu . jauh ni , kat Nenasi . semangat kami datang , nak tengok wife Zie .

MAC :
tahun 2013 jugak , aku ada hobi baru . main layang layang besar , masa ni jugak , pantang nampak layang layang besar , mesti nak buat muka tak malu , nak pinjam . sebab tak mampu nak beli untuk diri sendiri punya .

Wedding geng scooter , dulu masa zaman sekolah , ade geng scooter , salah sorang geng scooter dah selamat mendirikan rumah tangga , dan 2014 bakal menanti kehadiran cahaya mata mereka .

APRIL :
Atok masuk hospital selama seminggu , dalam darah ada kuman . kesian atok , kebosanan kat Hospital . kami bergilir menjaga atok . best moment . I Love You Atok !
Aku pergi Temuduga Tentera Darat , temuduga yang last tu aku tak lepas , sebab ada masalah kat kaki . masa ni aku kecewa sangat sebab tak dapat tunaikan hasrat mak , nak tengok anak dia pakai uniform . maaf mak :'(

MEI :
For the first time , aku mengundi ! buatlah pilihan yang tepat . excited sangat nak pergi mengundi . best rupanya !
Tahun ni jugak , dapat rebat untuk beli telefon . sekarang , telefon ni dah bagi pada adik . suka betul adik dapat telefon warna hijau . hehe
Tahun 2013 jugak , berpeluang ke Tioman lagi , join group Felda . best sangat !

JUN :
paling sedih dalam tahun ni , kami berkawan dari kecik 4 orang . sangat rapat . tahun 2013 , salah seorang telah disunting , maka tinggal kami berempat . dan mungkinkah akan tinggal kami berdua atau mungkin tinggal aku sorang ? sama sama kita nantikan .

family gathering belah mak . seronok sangat jumpa geng geng jawa ni . merono merene dengan dorang semua .

JULAI :
Iftar bersama kesayangan . sambut birthday bestfren kesayangan sekali . suka dia . hehe !

OGOS :
Raya yang agak tak seronok . macam kosong dan tak bersemangat je raya tahun 2013 ni . baju pun pakai baju lama je .
rratfaegshber5




Raya ketiga , majlis pertunangan kawan baik sejak sekolah tadika ! wehuu seronok nyaa . yang baju kotak kotak tu tunang dia . sangat rajin okay ! masa kitorang datang , tunang dia tengah basuh pinggan ! kau mampuu ?
Penghujung raya , datang KL jumpa kengkawan seitonn ni . kalau berjumpa bertiga , mesti ada benda giler yang kami buat . hehe . seronok sangat lah ! lepas rinduu wuuuu .
menyambut hari kemerdekaan bersama kakak kesayangan ! seronok walaupun bersesak . Saya Sayang Malaysia !

SEPTEMBER :
tahun 2013 , tahun paling banyak mandi laut , sebulan dua tiga kali pergi berendam . seronok sangat ! untung rumah dekat dengan pantai ni kan . ehh jom lah pindah mersing ! hehe
Sambut birthday anak angkat mak . dulu balik sekolah dia selalu lepak rumah , makan kat rumah . sekarang , rumah mak pun dia tak nampak dah . tanggang betul hasif ni .
Birthday anak wedding planner aku . haa calon suami belum ada , tapi aku dah ada wedding planner . kau ade ?
Bulan 9 ni jugak bulan kelahiran aku . yang manis manis semua ada dalam bulan 9 . ape hadiah mak sempena birthday aku ? errrr dia pulak yang pilih menantu , mak ouhh mak !

OKTOBER :
Cerita paling sedih , tumbang akhirnya , mulut manis sangat cakap kena tahan wad , sudahnya , dokter bagi ubat tidur ni . memang lena !
Wedding kawan sekolah rendah , waktu majlis macam ni la , masa untuk kitorang berkumpul , reunion sekali lah kan . hehe
Aidiladha paling best tahun 2013 ni . walaupun kat rumah atok , yang jauh jauh semua tak balik , tapi kami yang dekat dekat ni , datang rumah atok , masak macam macam ! meriah rumah atok dengan makanan . macam pesta makan !
ikut rombongan sekolah tadika ke Zoo Melaka . dulu masa aku sekolah tadika , pergi berkelah kat pantai je kot . tetiba budak zaman sekarang ni , pergi rombongan jauh jauh . bapak besttt !

NOVEMBER :
Ke Gambang Waterpark bersama geng sekolah . superb best !
Melepas rindu , berphotoshoot bersama kengkawan . rindu nak jadi model macam dulu dulu ! hehe
Photo: Hasil Berendam Petang Tadi . Wajib Repeat Minggu Depan . Nak Ajak Adik Adik Pulak . Mihmihmih !
Bila dah sampai hujung tahun , aktiviti kami orang orang laut ni , pergi kutip hasil laut laa . spesies bercengkerang . seronok tau ! dan kami mula menghargai kaum nelayan . susah nak cari makan !

DISEMBER :
Banjir lagi ! Alhamdulillah , kali ni rumah aku tak kena , kawasan yang tak dijangka banjir pulak yang benjir teruk . kesian kat sahabat aku . tengah tidur , rumah naik air , pukul 3 pagi .
Aktiviti Tahunan group FB Anak Mersing , dan Alhamdulillah , 2014 , kami dah jadi PERSATUAN ANAK MERSING . Syukur ...
Menghabiskan cuti akhir tahun bersama sahabat tersayang , jenjalan kat tempat baru . JB je pun , macam jauh sangat je kan .
masih lagi menghabiskan cuti akhir tahun 2013 , berjalan sekitar KL . terima kasih my Wak Doyok , sudi melayan saya . nanti saya datang lagi !
percutian terakhir untuk 2013 , bersama geng sekolah . seronok bersama mereka . terima kasih untuk hubungan persahabatan ini . sayang semua !

Terima kasih semua . terima kasih untuk kenangan indah 2013 . terima kasih untuk cerita sedih 2013 . semoga 2014 lebih ceria dan bermakna . Insyaallah . 

terima kasih sudi singgah....

No comments: