Wednesday, July 27, 2016

Cerita Raya Pertama 2016

Syawal ke 22 baru sempat nak bercerita pasal raya pertama . lama dah gambar duduk dalam draft ni . busy sangat kekdahnye . orang lain berhenti , aku yang terbabit kena buat kerja diorang . tak baik tau . ok jom lah cerita pasal raya . excited ni .

Adakah ini raya terakhir aku sebagai bujang ? cececehhh... verangan no satu . yelahhh verangan kan freee . Raya tahun ni raya kat Mersing je . sebab memang takde plan nak beraya kat Selangor , mak pun takde request nak raya kat Selangor since raya ketiga bestfriend dia ada buat kerja kawen , mestilah dia nak jadi orang kuat kat majlis tu kan.

Macam biasa lah kalau raya kat umah atok , wajib ade sesi salam salam & bergambar . tapi kali ni buat lambat , lepas zohor baru salam salam & bergambar sebab rumah atok tak putus orang datang . kena serbu kaw kaw punya . depan belakang orang masuk , jem dalam rumah sendiri . hehe .


Macam biasalah , family aku tak pernahnye nak sedondon . ehh tak pernah la rasa raya sedondon satu family . Maybe dah kawen nanti dapat laa aku sedondon . aku berkuasa kan time tu . ok gelak jahat .


tahun ni setiap family wajib ada gambar free style . maka keluarlah macam macam free style . boleh tiru lepas ni . haha .


Upload gambar ni pagi raya . cecehhh ramai cakap aku macam datin . credit to kerusi tu laa . kerusi baru tuuu , baru sampai semalamnya . so hot stuff lagi tu . jadi rebutan kerusi tu . #gengtakdebajuraya


Salam dengan Atok & Nenek . Alhamdulillah , rezeki lebih tahun ni dapat bagi duit raya kat Atok .


Haaa tengokkk , sejak balik dari Perak aritu , abah dah pandai buat free style segala . kalau tidak , nak ajak bergambar pun kemain payah . kalau bergambar pun , dia buat muka garang dia .. eee Abah...Abah..


Lepak lepak time , borak borak kosong layan cousin cousin . sempat jugak layan smule . sedara mara datang pun kitorang hasut ajak nyanyi smule , siap video okayy , gasakk laa . raya je boleh bergalak macam ni . happy happy kan .


haaa ni bibik . terima kasih bibik , jaga nenek elok elok , sayang nenek macam kitorang sayang nenek . terima kasih banyak banyak . sian bibik tak dapat raya dengan family .. kitorang pun family bibik jugak kann . jangan lari tauuu . haha


ni sepupu kesayangan . kuat merajok nii . hehe tapi sayanggg sangat kat dia . yeayy !


geng wanita . ni baru separuh je ada . sebab ada yang tak sampai lagi kannn .. kalau cukup semua mesti tak muat frame . hehe silap silap...sila bergambar di luar .


Gambar wajib , mestilah nak bergambar dengan nenek .. tapi raya kali ni nenek tidoo je . tapi sempat lah dia cakap baju raya dia warna merah . hehe sayang nenek !


gosip gosip raya sementara tunggu tetamu datang ..


mereka kata pagi tu muka aku macam muka Bella . watak jahat dalam Dia Semanis Honey tuu . hahaha muka jahat laaa tu kan . 


Ini sepupu baru . sebaya . sekampung jugak dengan Mujibur . keciknya dunia . tahun depan Insyaallah berjiran lah kita . ecehhhh ...


Dannn aku mengajar mereka mereka posing kat wallpaper bilik nenek . feeling macam kat kebun Tulip kan . sangat !

Dannn , gitu je lah cerita raya aku .. tahun ni raya memang takde baju raya . dan ini baju recycle . tapi happy dapat raya dengan orang orang yang tersayang . Alhamdulillah . makan pun tak sangat sebab penat kot . pastu sempat tido . haha . semoga tahun depan dapat beraya dengan suami . #ehh


No comments: