Monday, November 5, 2012

cubaan pertama steak~

Sabtu lalu , sehari selepas acara melapah , maka banyak laa daging yang ada dalam freezer . Pagi pagi mak dah kejut bangun suruh selesaikan daging yang ada . sebab lepas asar rumah atok buat tahlil . sambil sambil potong daging bersama makcik tercinta , tetiba jumpa daging yang menarik untuk dibuat STEAK . so dengan pantas makcik aku cakap "Sedap buat steak neh , buat steak na" . Dengan pantas aku siapkan daging untuk masak kenduri , dan ketepikan daging untuk dibuat steak .

Memandangkan aku ni memang selalu buat BBQ dengan kengkawan , so aku agak hebat laa dalam bahagian perap ni . maka , ujian cipta rasa pun bermula *poyo masterchef lagi* , blender semua bahan , masukkan apa je yang ada . buat sorang sorang beb , makcik aku tau petik idea je , suruh buat dia diam . bila dah siap nanti , dia yang first jamah , sabor je lah !
bancuhan pertama , bawang merah , bawang putih , serai .
bancuhan kedua : tambah sos tiram , lada hitam
perasmian pemanggan ajaib ni , memang ajaib lah , boleh guna depan belakang .
dan inilah hasilnya . makan pulak dengan sos BBQ . lama perap , lembut dan lagi sedap lah rasa steak tu . 

Seperti yang aku katakan tadi , makcik aku orang pertama yang merasa . bila dia kata sedap , mak aku pulak rasa . "Sedap jugak erkk " . perghhh ! terangkat , kembang hidung , merah pipi . then aku pulak rasa . memang sedap ! terus panggil adik adik dan sepupu sepapat , maiii rasa steak aku buat ! wahahaha . laku beb ! kalah lauk kenduri . so pemenang bagi ujian cipta rasa : YANA POPEYE !


No comments: