Sunday, November 4, 2012

Melapah Bau kentut ?

10 Zulhijjah 1434H , Hari Raya Qurban . Seperti biasa , setiap tahun , atok akan menumbangkan seekor lembu untuk acara Qurban . Tahun ni sekali dengan Akikah cicit atuk . Acara Qurban berlangsung pada jam 3 petang , sebab raya jatuh pada hari jumaat , so lepas Solat Jumaat lah baru diorang start Qurban .
 Agak susah nak menumbangkan lembu ni . besar jugak lembu kali ni . dan agak garang , abah dah kena sepak sekali , acik alal siap terduduk lagi . bahaya bahaya . kami kaum hawa tengok je laa dari pondok . hehe .
 Dengan bantuan 10 orang jejaka yang ada dalam rumah atok , lembu tersebut selamat di qurbankan . Jumpa di Syurga ya lembu . Insyaallah . aminn . setengah jam jugak laa lembu ni nak putus nyawa . macam macam bunyi keluar . budak kecik siap ternganga mulut tengok lembu kena sembelih . comel comel .
 Sementara menunggu lembu tu betul betul mati , kaum ibu menyediakan juadah untuk para para pelapah sekalian *betul ke bahasa aku ? menu ? mee kari . ohh maaf saya tak layan . so aku minum je lah . padahal dah kenyang melantak ketupat . hehe
 okay , sedang kaum lelaki melapah , kami kaum wanita memotong dan menimbang laa . melapah jugak taw . kaki besar punya ! nampak yang hijau hijau atas ni ? itulaaa harta dalam perut lembu tu . rumput dah hancur . bau dia mengancam ! tapi sekejap je , umpama bau kentut . hehe
see ? see ? bukti aku melapah . waaaa bangga ! sebab tahun lepas aku tak amek bahagian , sebab melayan saudara belah mak kat rumah aku . mereka beraya kat rumah . so tahun ni bekerja keras laa . hehe . lepas siap semua , aku ikut bahagian delivery pulak . tin tin ! daging ! daging ! hehe :)

Alhamdulillah , semua selesai dengan lancar . sekejap je dah settle . siap hantar daging untuk buat satay lagi taw . untuk kenduri keesokkan harinya . aumm !

No comments: