Saturday, November 17, 2012

garang semasa kerja ?

Setelah 8 bulan bekerja , baru kali ni aku nak cerita tugas sebenar aku . yayayaya , aku kerja apa sebenarnya erk ? on fesbuk setiap masa sepanjang waktu kerja . terus terang lah ye . jawatan sebenar aku dalam offer letter adalah : SITE CLERK . jawatan ni dulunya dimonopoli oleh kaum lelaki . tapi disebabkan projek company aku ni adalah projek KERAJAAN , yang menggunakan ISO , maka aku dapat menyandang jawatan ini .
nah kau , tapak binaan , aku buat ape kat sini ? nama pun SITE CLERK , in malay KERANI TAPAK . kerja aku kena banyak main dekat tapak je la . kat sini , aku lah satu satunya perempuan yang bekerja *tak temasuk makcik cleaner sebab makcik cleaner keje sampai pukul11 je .
yang ni apa benda pulak ?
ini namanya cube test . aku sedang melakukan ujian ke atas concrete concrete yang digunakan untuk bangunan tu . kalau cube ni pecah , aku kena runtuhkan semula bangunan tu . hehe . *korang faham ke aku cakap ? abaikan je lah ye .
ni tengah meeting , ari jumaat , nampak baju hijau tepi ni ? tu aku laa . main table dah penuh dengan orang2 penting , so duduk tepi je lah . *kita tak berapa penting
ini pula lawatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) . yang baju pink tu garang tau , ayat wajib dia "watch out you all"
yang ni ? tengah tengok mat indon buat kerjaaa . tengok je , kalau salah baru tegur . kalau tak dia bantai kita semula .
main apa kat tangga ? gayatttt wehhh ! main dalam bangunan tak siap ni .

dan ini lah aku di tempat kerja . malu ! *damn !
poyooo bawak fail g site , buat mende ? hehe
cehh , cek tapak katanya .....
yang ni spotcheck besi , tengok besi cukup ke tak . besi cukup , baru boleh turunkan . saya garang ye :)

1 comment:

Wannsury Zainal said...

salam..yeay..kita geng....

wann follow sini..
jom lawat blog wann ye...
berminat nak fulltime blogging income?pun boleh juga..hehe

www.wannsury.com