Friday, July 18, 2014

Al fatihah & Takziah #MH17

Allahuakbar , tengah duduk minum dengan kawan kawan . berbincang pasal Gaza , cerita pasal kejadian yang telah dan akan berlaku , tiba tiba sorang kawan yang tengah scroll news feed fb bagitahu ada kapal terbang terhempas . masa tu buat bodoh lagi sebab tak sahih .

5 minit lepas tu keluar kat Awani pulak , terus tukar topik dan memikirkan apa yang berlaku . kenapa Malaysia lagi ? Ya Allah , dugaan apakah ini .

Balik , sambung tengok Awani , mata tak boleh nak lelap fikir nasib mangsa mangsa . Dalam bulan Ramadhan , 10 malam terakhir , dah nak raya . fikir jugak , keluarga kat sini menanti diorang . tetiba dapat berita macam ni . Allahu Akbar !

Bangun pagi tadi , tengok berita lagi . info terkini , 6 sekeluarga ada dalam tu , nak balik raya . tengok fb diorang tadi , status last dia update ;
"Our new hijrah" - deep sangat ayat dia . 

sorang lagi individu , dah 26 tahun tak balik raya , tahun ni balik ...macam ni pulak jadinya . Allah....
sekarang , aku masih menati berita terkini , tabah kan hati ahli keluarga mereka Ya Allah . sebak nya aku kat sini . hanya mampu berdoa ... Alfatihah ...

Rasa takut nak naik flight lepas raya ni . Permudahkan segalanya Ya Allah....


1 comment:

Ezy Loy said...

saye pon terkejut ngn berita ni.. memula ingt MH370.. rupenye MH17..