Monday, October 15, 2012

Akad Nikah Kekasih Gelap~



stock entry terperap . entry bertarikh 16 September 2012 . sebulan yang lalu . tak berapa lama sangat lah . seperti biasa , majlis mengambil berkat . It's a Wedding Day ! kami rombongan pihak lelaki memulakan perjalanan pada hari sabtu , 15 September . mula bertolak lepas zohor , sampai ke destinasi - Felda Palong jam 6.30 petang .
 

ini sebahagian ahli rombongan . 5 buah kereta semuanya . kaum lelaki sikit je
seperti biasa , aku lah minah reben . bab menghias serah kat aku . owner kereta jangan bising .

Sampai je kat rumah bertandang , kami teros melantak . opss gambar tengah melantak memang takde lah . sebab semuanya tak sempurna . hikhik . selepas makan , kami berehat dan bersiap untuk melepaskan gian . menyanyi kat tempat orang , sambil tunggu adik aku menginaikan pengantin , aku pun menyumbangkan suara kat Felda tu . memang pantang jumpa tempat karoke lah cita dia .

Setelah puas , kami pun pulang ke rumah bertandang untuk tidur dan bersiap untuk majlis keesokkan harinya . Seperti yang dijanjikan , jam 10 pagi majlis akad nikah berlangsung , Kami tiba tepat jam 10 , tapi tok kadi tak datang lagi , tok kadi pergi berkebun katanya . Alamak , hebat tok kadi neh . Sementara menunggu tok kadi sampai , kami pun snap snap lah !
disebabkan pengantin lelaki ini adalah kekasih gelapku , aku nak duduk sebelah dia , ngadap dia nikah !
bosan tunggu tok kadi , sempat lagi main game . adoyy !
mummy dengan mak mah . amboii manja sangat !
Alhamdulillah , dengan sekali lafaz , mereka sah menjadi suami isteri . happy for you totoyy :)
hah ! aku mengadap betul tahu takk . nampak tak dahi aku berkerut tu ? kelas kau nokk !
Selesai sudah semuanya . sesi bergambar dengan keluarga pihak lelaki .
Yang ni pulak , jiran tetangga pihak lelaki yang setia . over nokk !


No comments: