Friday, May 31, 2013

Petua Menghilangkan Batuk Berterusan

Salam Jumaat . Menyelinap masa sendiri dengan blogging . Atleast satu post sehari . ATLEAST YEA .

So harini nak share petua lagi yea . petua batuk berterusan . baru baru ni aku telah diserang virus batuk . virus ke ? tak kisahlah . menurut dokter , batuk ni biasanya 100 hari baru baik . baik betul la . maikk aiii lamanya . biasalah , kalau kita batuk , around first three weeks tu kita akan sentiasa batuk , non stop . tapi on week four , kita batuk sehari tu dalam sejam sekali ke kann...pastu bulan kedua sehari tiga kali batuk...hari ke seratus tu nanti baru laa tak batuk..haa gitu laaa umpamanya . 100 hari tu baru sihat betul . 

tapi sekarang bukan nak cerita pasal batuk , nak cerita macam mana nak mengurangkan batuk , seterusnya menghilangkan batuk dengan cepat . dengan menggunakan bawang putih . siapa suka makan bawang ? mestilah aku . aku paling suka bawang goreng . sampai pakcik aku cakap "wehh ko kalau g tengok wayang tayah beli popcorn laa , kau bawak je bawang goreng , makan bawang macam makan nasi"

setiap makanan mesti aku nak letak bawang goreng , so jangan laa letak bawang goreng depan mata aku . kalau nampak memang nak . berbalik kepada petua bawang ni , caranya sangat mudah . dan jimat . juga cepat melegakan .
Ambil seulas bawang putih tanpa dibuang kulitnya . Kemudian cucuk dengan garfu dan bakar sehingga kekuningan . seperti di dalam gambar ini ye . Make Sure memang kuning habis , kalau ade hitam lagi bagus . sebab kalau tak bakar betul , bila makan rasa akan jadi lain . so kena bakar sampai kuning . kalau bakar betul , bila makan rasa macam kacang . buatkan kita nak lagi dan lagi !
 Alhamdulillah , selepas mengamalkan petua ni selama tiga hari berturut , batuk aku semakin berkurang dan pulih ...sekarang ni sehari 3 kali je batuk . dan perlu ingat juga , sepanjang batuk tu , jangan lah mengada ngada nak minum ais . minuman aku ketika batuk hanyalah air barli suam . sampai kawan kawan pun tegur "tak habis habis dengan barli dia tu , setia sangat" . berkat setia lah , batuk aku dah kurang sekarang . hihi .

Alhamdulillah , So Selamat Mencuba !

sumber : google

8 comments:

Unknown said...

bagus jgk tips ni... terkena dgn situasi aku skrg...

batuk ni sngt penat...

Ayiena kiki Luluw said...

Saya dah na masok 3 bulan batuk .. macam-2 ubat saya makan .. tp still batuk juga .. saya harap tips ni berkesan ... :')

Muyu said...

Barli suam? Tapi profile picture minum air berais. Mana satu kau sembang ni?

Unknown said...

Klu batuk berterusan bkn batuk kering ke ? Klu pegi hospital dia akn ckp batuk kering sekira nya batuk lebih dr 2 minggu.

Unknown said...

Klu batuk berterusan bkn batuk kering ke ? Klu pegi hospital dia akn ckp batuk kering sekira nya batuk lebih dr 2 minggu.

Unknown said...

Tq for the sharing

http://apapayahsangat.blogspot.com/

Unknown said...

salam cik popeye, bawang putih tu makan berapa kali sehari dan masa bila?

tq :)

Unknown said...

ya betul, brp biji sekali makan dan berapa kali sehari dan adakah makan waktu tertentu spt sebelum atau selepas meal...?