Thursday, November 23, 2017

Bersukan Juga Setelah Sekian Lama

Pelik je kan ? dengar aku bersukan . macam tak caye je kan . Aku pun pelik , tah macam mana bos aku boleh petik nama aku suruh main netball . Seingat aku lah , last sekali aku main netball , zaman sekolah rendah , beb , sekolah rendah beb , bukan menengah . bape tahun tinggal . ada skill lagi ke ? pandai main lagi ke ?

Alkisahnya , company aku dapat jemputan untuk join sukan kat Terengganu . semangat lah company aku hantar kontigen sukan . satu bas , seronok anak anak ni semangat nak bersukan . Hari Khamis malam bergerak ke Kuala Terengganu , event kat UMT . Excited tau , first time nak jejak ganu nii .


ohh , excuse my 'kaki terkangkang' , kurang kesopanan laa sebab dapat bas selesa nau nau .

Alhamdulillah , selamat sampai Bumi Terengganu pagi Jumaat . sampai sampai terus cari sarapan terengganu . Lepastu checkin tempat tidur . duduk hostel , tingkat 5 okayy . tingkat 5 ! takde lift ! memang pikir sejuta kali kalau kau nak turun naik . mampuss ! Lepas selesai check in dan susun tempat tidur , dapat arahan lepas zohor kena pegi tengok tempat lawan . sambil training sikit . Maka , berhuhu lah kita ...


dah tengok tempat untuk game , dah training sikit , balik hostel semula . lepas Asar ada raptai untuk Majlis Perasmian pulak . Naik dan turun lagi beramai ramai . Badan gemok duduk Terengganu ni sebab makan benda manis banyakkk sangat . Dah macam duduk Kelantan pulak nye .

Petang lepas Asar , semua dah standby untuk rehearsal Majlis Perasmian untuk malam tu . Semangat anak anak berbaju merah untuk raptai perbarisan .





Selesai rehearsal , balik makan malam . Bersiap pulak untuk majlis malam tu . Semua excited , sebab esoknya game . Menang kalah belakang cerita , janji performed . gituu ...Cehh , padahal dah tau memang akan kalah , sebab first time join sukan besar macam ni . haha !

Maka , malam pun tiba.....









Menang gaya je kan ? hahaha yang penting semua happy . Selesai je majlis perasmian , masing masing naik bilik dan tidoooo . simpan tenaga untuk esok . sebab memang dah tau , kitorang takkan boleh pergi game seterusnya .



Sabtu , tamat sudah tiga perlawanan . semua kalah dengan bangga . yeayyy ! Tahniah Team Netball !
tahniah jugak pada aku sebab injured , terpeleot kau . bengkak kaki macam ibu mengandung . dah susah nak berjalan .

Malam tu pulak budak budak ni ajak merayap . Aku dah serba salah sebab kaki aku sakit , kalau aku join , aku akan menyusahkan semua orang . Nak kena papah aku , tunggu aku jalan terkedek kedek . Tapi Alhamdulillah , Allah kurniakan mereka sebagai sahabat , diorang cakap kalau aku tak keluar , diorang taknak keluar jugak . diorang sanggup dokong aku . so sweet kannn .


keluar lah jugak haaa ... melayan si manis manis ni berjalan . dah datang jauh jauh , takkan nak duduk bilik je kann . bukan selalu dapat peluang macam ni , ye dok ?



nasib baik jalan nya tak jauh , belakang UMT tu jee . ada pantai . ada Uptown Kontena . nice place laa untuk lepak lepak chill . ehhh suami , jom jalan jalan Ganu nak ? hahaha !


Ahad , semua yang kalah dan takde game pada hari tersebut diminta untuk ke tempat perlawanan bowling , bagi memberi sokongan kepada team bowling . team bowling pergi final weiii ! Seronok !



tetiba si tempang ni jadi pengurus pasukan pulak kan . terjerit sana sini bagi sokongan kat team bowling . separuh hari jugak kat tempat bowling ni . lepas lunch diorang ajak jalan jalan kat Pasar Payang , sebab dah dekat sangat .



Petang Ahad , lepas dah selesai shopping sakan kat Pasar payang , balik bilik kemas kemas sebab lepas Asar dah nak gerak balik Johor . Kitorang tak join majlis penutup , sebab dah kalah , takde yang menang pun . menang sorak , menang gaya je .



Bos belanje makan malam . Medan Ikan Bakar kat Kuala Ibai . Alhamdulillah . Bila perut dah kenyang , naik bas semua bahan tido laaa . Sampai JB subuh Isnin . terus gerak balik Mersing . Dapat cuti Isnin tu untuk rehat . tapi aku si tempang masih merana kesakitan .

Insyaallah , 2019 game dekat Sabah pulak . Agak agak company nak hantar tak erk ? hahaaha . Tapi suami dah warning , no more sports for me . Padan muka !

No comments: