Thursday, November 23, 2017

Memancing Sambil Bercamping

Bulan 8 haritu , bebudak office aku tengah giler memancing . Satu hari diorang plan nak mancing tengah malam . sambil masak masak , buat khemah semua . Mula mula aku takde rasa nak join pun . sebab aku sorang je perempuan kan . lepastu time diorang mancing mesti aku bosan .

Diorang nak gerak lepas isyak , petang tu semua balik lewat sebab hujan lebat . tapi diorang still ajak aku join . aku cakap tengok keadaan lah . entah macam mana , balik rumah tanya mak abah , diorang ON , aku pun ape lagi , ON jugak lah . tanya encik tunang saje saje jee cuba nasib , dia pun bagi , terus melompat lah aku !

Tak selalu beb dapat peluang macam ni . so bila dah dapat , memang aku takkan lepaskan begitu sahaja . bawak apa yang patut , sebab diorang kata tidur atas batu . aku bawak khemah laa , untuk aku tidur . Malam malam meredah batu , cari port baekkk untuk diorang mancing .

Sampai sampai je aku terus pasang khemah aku . pastu tolong diorang pasang khemah diorang pulak . si lelaki dah standby kayu api , nak masak air , nak masak nasi . sakan tau diorang bawak barang masak semua , lengkap degan beras segala . meriah !


suasana malam dia sunyi giler . dengar bunyi ombak je , langit cerah penuh dengan bintang , takde line phone okayyy . kesian tunang aku , mesti risau kan aku . hahaha sebab tu dia warning , ini adalah trip terakhir untuk aku sebab dia sangat risau tak dapat contact aku . hahaha !

malam tu , diorang dah start dapat ikan . bulan terang , rezeki diorang , Alhamdulillah . aku tengok je laa diorang mancing , dah bosan aku tidoo . tu je laa . tapi aku banyak baring ngadap langit laa . peluang yang tak selalu kita dapat . menikmati pemandangan indahnya ciptaan Allah .


View bangun pagi . Subhanallah , indahnyaaa . segar nye rasa . aku kat sini dah tak heran pasal line tepon dah . aku lebih pada nak menikmati keindahan alam . sebab tu gambar pun tak banyak . haha ! bawak powerbank tapi guna untuk lampu . bukan guna untuk phone . memang best kan sesekali buat aktiviti macam ni . aku memang minat benda benda gini .


Pagi pagi lagi diorang dah sambung mancing . ehh , diorang ni memang tak tidur pun , dah memang datang untuk mancing , apehal pulak nak tido . lain lah aku , datang memang nak bersantai , haruslah aku tido . dan ini bukan trip pertama aku ikut diorang pegi mancing . sebelum ni pun pernah je ikut diorang mancing kat rakit . seronok dapat spent time , lepak lepak santai dengan diorang nii .



aku ni jenis yang jarang selfie, tapi sebab lighting tengah laut ni cantik gilooo , haruslah berselfie sakan kannn . muka flawless giler kauu ! aku sendiri teruja tengok muka tak mandi aku tuuu .


pagi tu aku buatkan sarapan untuk diorang . takde buat apa pun , masak daging burger je pastu panaskan lauk yang diorang masak malam tu . kari ikan . siap ada kicap tau !


sebelum balik , layan diorang mandi laut . aku tak bawak baju lebih . so aku takleh nak mandi . mampu celup kaki sampai paras peha jee , tu pun dah nikmat sangat rasanya . air sejuk giler ! jernih pulak tuuu . aduhhh nak pergi lagi pleaseee ! sangat tenang tempat ni !


pukul 10 pagi , hari pun dah nak panas , terus kemas kemas , ajak diorang balik . balik tu kena redah air pasang paras dada . redha je laa sebab memang dah nak balik kan . masing masing pun memang tak mandi . selfie dulu dengan hasil tangkapan masing masing . Alhamdulillah .

p/s : lepasni kalau diorang buat trip macam ni lagi , aku nak pujuk laki aku . nak suruh dia jadi orang laut sikit , belajar masuk dalam dunia aku yang suka benda benda lasak macam ni . meriahh !


No comments: