Tuesday, November 21, 2017

Ramadhan 2017

Rasanya puasa tahun ni , paling banyak berbuka kat luar . sebab balik kerja lambat . pastu banyak masa terluang yang sama dengan kawan kawan . aku ni sementara masih bujang , memang akan habiskan masa banyak banyak dengan kawan kawan . sebab aku tahu , lepas dah kawen nanti , aku akan kurang masa untuk diorang . semua orang pun macam tu kan .


First Ifthar dengan geng sekolah tadika . sayang semua sebab dari kecik , membesar sama sama .


Tahun ni jugak , company aku buat Majlis Berbuka awal . selalu hujung hujung puasa baru berebut nak buat event , tapi tahun ni , minggu pertama puasa dah ajak berbuka sama . Alhamdulillah .


Ni berbuka dengan dua orang anak tiri yang degil , selalu tak dengar cakap Mak Tiri . budak berdua ni panggil aku Mak Tiri sebab aku suka membebel kat diorang . Yelaaa cari pasal selalu , memang laa dapat upah bebel kan . Tapi bebel bebel pun , Mak sayang awak berdua tauuu . Jangan nakal nakal !


Bulan puasa haritu jugak , bebudak office aku dapat rumah sewa . Alhamdulillah . selama ni diorang merempat duduk office . kesian , susah nak dapat rumah sewa . so , sempena dapat rumah sewa , kitorang pun plan nak buat baca yaasin sikit kat rumah tu . sambil berbuka bersama sama lah kan .



Menu ? Nasi Beriani Kambing & Daging sponsor dari Bos . hehe kebetulan memang company ada bagi dana untuk berbuka bersama , syukur , rezeki . Alhamdulillah . Makanan lain tu kitorang beli sorang sikit . buat tambah tambah . Alhamdulillah , semua happy sebab kenyang .


Yang ni pulak , berbuka tekak western , sesekali nak jugak makan western kan . haa layan . semua geng single masa ni . yang dah kawen mana nak join kami kami nii . ape lah sangat kann . 
Ni sesi iftar bersama Encik Tunang , sambil kenalkan dia pada super bff aku yang selalu berkepit dengan aku 24jam . 


Iftar dengan Officemate & Safety Supervisor . Si budak safety ni jarang ada kat Mersing . so bila dia datang , kena lah layan dia berbuka bersama . seronok haaa kan makan bertambah tambah . Nak mintak tapau , malu !


Kebetulan , ada kerja kat Office Kota Tinggi . terus plan berbuka sama sama lah . Rezeki jugak time ni dapat makan durian . Hilang terus ngidam masing masing , Tenkiu Pak Shukor . Alhamdulillah .


Ni berbuka last kat luar . Western lagi , tunaikan hasrat budak sakit sebelah aku tuu . dia sakit , lama sangat kena pantang makan . since masa tu nampak dia dah sihat sikit , layankan laaa .. bawak dia makan apa dia nak . dah takde hutang janji dah . dia pun happy .

Hah ? kenapa dengan family takde ? sebab family aku bukan jenis yang suka makan kat luar . Kebiasaannya kitorang akan tapau dan makan sama sama kat rumah , kalau ada rasa "nak makan luar" . hehe .

Semoga puasa tahun depan pun akan meriah macam ni jugak . Insya Allah . Aminn


No comments: