Friday, February 28, 2014

Alhamdulillah , Rezeki.....

Alhamdulillah , lately ni order tak putus . Walaupun mula rasa letih , tak cukup rehat , tak cukup tidur , aku masih bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi . walaupun tak banyak , ini adalah permulaan untuk kehidupan yang baru . Insyaallah .

Bulan 4 ni nak berhenti kerja , nak fokus pada business ni . walaupun abru mula , dan mula secara kecil kecilan , tapi aku suka dan semakin mahir . insyaallah akan tambah produk baru . Masih mengkaji dan belajar lagi ni .
Sekarang , masa amat berharga bagi aku . Pantang ada waktu lapang , memang aku akan siapkan semua yang customer order . terima kasih jugak yang tak terhingga buat semua customer aku yang sangat penyabar . buat masa ni , aku buat partime je . balik kerja baru start menjahit . malam kalau tak ke mana mana , aku duduk rumah menjahit . hari jumaat pun , rehat lama , rushing balik rumah nak siapkan order customer . Alhamdulillah .
setakat ni , semua customer bagi respon yang buat aku tersenyum bahagia . customer suka hasil kerja kitorang (Aku , Mak , Adik) . lepas ni kena bukak semula buku buku business masa study . haa masa ni lah nak gunakan ilmu yang penuh di dada . ehh penuh ke ? hihi .

Doakan aku berjaya mengejar cita cita aku yea . Insyaallah , Aminnn !

Jom laaa like Page The Ribbon's and tengok tengok produk kami . kalau nak order just pm me je k .
And maaflah , page tu agak huru hara sikit , tak cukup masa dan tangan . hehe .


No comments: