Friday, June 8, 2012

semoga tenang di sana~

khamis , 7jun2012 dikejutkan dengan status di fesbuk seorang rakan ;


Mari lah kita sama2 berdoa kepada adik AMINUDDIN VEVO... Semoga adiknya cepat sembuh n dapat melepasi keadaan x stabil menjadi stabil,.. Aminnn......... Mari kwn2 kt menadah tgn untk memohon doa... Dr Allah... :-(

Aminuddin vevo : ko yg sabar k....:-(


terkejut . satu satunya adik amin adalah eby , budak sindrome down kat area rumah aku . budak ni sebaya aku . budak ni jugak suka dekat aku . pantang jumpa nak ajak kawen . berdasarkan cerita , eby masuk hospital sebab batuk berdarah dan jantung berlubang . ingat lagi gurau senda , tawa riang eby bila jumpa aku . 

masa study dulu , kalau aku ada balik , dia pun datang depan rumah , ajak kawen . last jumpa eby , sebulan lepas , masa wedding awang (jiran belakang rumah daku) . dia asek dekat dengan aku je . nak ajak pegi beli cincin . perkataan 'kawen' tak pernah lepas dari mulut dia .

" na , jom tawen , li cincin , antekk ! " 

balik dari kerja petang semalam , akak tersayang berlari kejar daku 
" na , pakwe hang meninggal "
" hah ? tadi baru je cakap pasal dia . innalillahwainnalillahirajiun "

eby dah kembali kepadaNya . lepas ni dah tak nampak eby main daun kelapa lagi . lepas ni dah tak nampak eby main basikal lagi . lepas ni dah takde orang ajak aku kawen , pergi beli cincin lagi . semoga eby tenang di sana . 

paling sedih tak dapat melawat eby pagi tadi . tatau pulak belum kebumi . mak bagitau , sebelum datang hospital tadi mak sempat g melawat . mak menangis tengok eby . semoga roh eby dicucuri rahmatNya .

AL-FATIHAH.....

No comments: