Friday, September 27, 2013

Birthday Yang Something

Jumaat lepas , *baru aku perasan , aku ni suka update cerita minggu lepas kan ? sambut birthday seorang kawan yang perasan kacak , Hasif . Hasif ni dah invite me dengan Ainul sehari sebelum , tapi me dengan Ainul macam takde kekuatan nak join . Puas jugak berbincang , mintak pendapat dari dua tiga orang , sebab ada "something" kat majlis tu *majlis lah sangat* . Last last kami decide pergi jugak , sebab Hasif dah beria sangat nak kitorang datang .

Majlis diadakan di Green House Thai Restaurant , majlis simple , just makan makan , meraikan birthday boy si baju hijau tu haa . tak ramai pun , tapi dia nak jugak me dengan Ainul datang . Me ni jenis pantang dipelawa makan , memang laju je la . makan free ! sape taknak woiii !
korang nampak tak ape yang something dalam gambar ni ? haha . biar me dengan Ainul je yang tahu .

Me memang jenis banyak mulut , tapi akan diam ketika makan . memang meriah majlis kalau me ada . tapi kalau dengan orang yang tak kenal , me akan jadi super pendiam . dan orang yang tak kenal me , akan cakap me ni sombong . tapi bila dah kenal , nah kau , kejang otot pipi kau ! haha !
lepas makan makan , me ajak Hasif dengan kawan dia , Syawal lepak kat pantai . Syawal ni first time datang Mersing , so dia nak laa tengok Mersing ni . tapi dah malam , pantai pun tak nampak Syawal oiii . Tapi masa lepak tu , hasif sibuk bergayut , kesian kawan dia duduk diam je . Me taktau nak borak apa dengan dia . So , me dengan Ainul menjalankan sesi suai kenal & pertanyaan . kesian Syawal !
Syawal ni pendiam orangnya , tapi boleh di bawak bergurau . hehe . Biasalah first time jumpa kan , lepas ni kalau jumpa mesti leh layan kepala . 
Okay , mak cakap Syawal ni handsome . Syawal , sila kembang . Hasif , sorry , Syawal dah potong line kau . lalalalalala~
okayy ni gambar me dengan Ainul . nak jugak tumpang bergambar guna handphone mahal si Hasif ni . nipis sangat , takut nak pegang !

To Hasif , Happy Birthday Beb , Thanks Beria Ajak Aku Memeriahkan Majlis Kau . Lain Kali Ajak lagi , Ouhh , Birthday Aku Minggu Depan Jangan Buat Buat Lupa Pulak Ye . Sekian , Terima Kasih .

2 comments:

Unknown said...

hahahaha..baru pasan kat blog ni ade cte niii..tgelak sy baca..serius lawak..bila ingt..meluat pon ade sebenarnye..ahahahaha :)

yanapopeye said...

hahahaha kesahnyeeee