Monday, September 2, 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56

Rasanya masih tak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan . Maklumlah , aku lagi feel update blog kalau kat tempat kerja , sebab kalau kat rumah , aku tak berapa layan sangat media sosial ni , sebab aku lebih menghargai masa masa di rumah . begitu panjang mukadimah .

Ok balik kepada tajuk , jumaat yang lalu , lepas balik dari membeli belah untuk majlis makan makan buat orang penting (nantikan updatenya nanti) , aku bersama kakak , bersiap sedia untuk ke Dataran Pulau , Mersing bagi menyambut malam merdeka . Plan asal , kami berdua nak pergi tengok dulu apa yang ada , dalam pukul 11.30 nak balik rumah amek mak , adik2 dan tokmak . sebab tokmak nak sangat tengok bunga api . Tiba je kat sana , kami parking punya laa jauh , so terus call adik , cakap "sorry tak dapat amek korang , manusia banyak giler , parking bapak jauh . korang tengok bunga api kat rumah jela ehh"
see.....betapa banyak nya orang . berduyun duyun , camne nak bawak tokmak yang bertongkat ? mau pengsan !

Maka , kami berdua menggagahkan diri , tengok persembahan retis . ada AR Badul dengan M Daud Kilau . memang berkilau sungguh ! malam tu je hampir 10 helai baju berkilau dia pakai . macam macam kaler ade !
 masa ni , dah 11.50pm , M Daud Kilau nak balik dah , lalu sebelah aku , aku leh tak perasan , lalu snap dengan pantas menggunakan telefon cikai yang aku ade . ni jee la yang dapat , janji nampak kilauan emas tu . aumm !

Tepat jam 12 , laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! bergema . aku turut sama melaungkan dengan penuh semangat kemerdekaan . Lalu gigih mendongak ke langit tengok bunga api . Gigih nak snap pic bunga api guna fon cikai ni . baby kat belakang guna ipad buat muka berlagak dapat snap pic lawa lawa *jeles*

Bro Jaket nampak aku malam tu , dia pun panggil aku datang kat dia , lalu membisik "kau dah kurus doh..."
aku pandang dia ; "ahhh kau , saje nak amek ati . hakikatnya sebaliknya kan ?"
dia cakap siap angkat tangan acah2 sumpah ; "betul , serius , ok laa camni , apa rahsia?"
aku mula menguntum senyuman lalu berkata ; "aku dah dua minggu puasa malam !"
ehemm . kurus ke ?

 terima kasih kakak , berjaya shoot wajah bahagia aku dengan bunga api tu . hihi
 Bunga api tahun ni tak semeriah dan tak secantik tahun lepas . tahun lepas meriah giler vavies , siap ada bunga api bentuk love love love . kaler pink lagi . menyerlah gitu ! lepas pertunjukan bunga api habis , konvoi basikal , motor dan perodua Viva pun bergerak meninggalkan Dataran , maka majlis pun selesai .
 lihatlah ramainya manusia . memang dah tak nampak sape yang ada . nasib laa kalau tak perasan , lantak laa nak kata aku sombong . aku memang rabun malam . HAHA !
meet my kakak , peneman yang setia . driver aku juga nih , terima kasih kakak .
tak boleh bayang kalau kakak dah kawen nanti , macam mane aku mau hidup tanpamu kakak ?
esok paginya , gigih bangun awal , nak tengok sambutan di Kuala Lumpur . memang aktiviti tahunan my family . semua layan tv sambil mengunyah sarapan .

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia . Bersyukur dilahirkan di bumi Mereka ini . Alhamdulillah , masih merasa aman . 

Camne korang sambut merdeka ? ce citer .


2 comments:

ezy.fia said...

lautan manusia.. haha..
jeles.. kite xleh tgk bunge api..uhu

yanapopeye said...

takpe kalau tahun ni tak dapat tengok . tahun depan masih ada . Insyaallah .